RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 26 Mac 2026

Honda Tambah Kapasiti Pengeluaran Motosikal di India

Global - Honda melalui anak syarikatnya di India, Honda Motorcycle & Scooter India Pvt. Ltd. (HMSI) mengumumkan rancangan untuk menambah barisan pengeluaran motosikal baharu di kilang keduanya yang terletak di Tapukara, daerah Alwar, Rajasthan, India.

Barisan pengeluaran ketiga itu bakal beroperasi pada tahun 2028 dengan memiliki kapastiti pengeluaran sebanyak 670,000 unit setahun sekaligus meningkatkan lagi jumlah kapasiti pengeluaran kilang kedua kepada 2.01 juta setahun.

Kilang kedua HMSI mula beroperasi pada Julai 2011 dengan kapasiti awal 600,000 unit setahun sebelum ianya digandakan kepada 1.2 juta unit pada Mac 2012. Sejak tahun 2023, kilang ini turut memperkenalkan pelbagai teknologi baharu secara berperingkat bagi mengautomasikan proses pemesinan serta meningkatkan kecekapan pengeluaran keseluruhan.

Hasilnya, kapasiti pengeluaran tersebut kini mencapai 1.3 juta unit. HMSI juga merancang untuk terus menambah teknologi baharu bagi meningkatkan kapasiti kepada 1.34 juta unit setahun sebelum berakhirnya tahun kewangan pada 31hb Mac 2027.

Bagi menampung pertumbuhan berterusan serta kepelbagaian permintaan motosikal di pasaran India, HMSI akan melabur kira-kira 15 bilion rupee untuk memperoleh 74,000 meter persegi tanah bersebelahan kilang kedua bagi pembinaan barisan pengeluaran ketiga.

Barisan baharu ini direka lebih fleksibel bagi menghasilkan gabungan skuter serta motosikal berkapasiti 125cc dan 160cc dengan jumlah pengeluaran sehingga 670,000 unit setahun. Penambahan barisan ini juga dijangka mewujudkan kira-kira 2,000 peluang pekerjaan baharu, selain meningkatkan kapasiti keseluruhan kilang kedua kepada 2.01 juta unit setahun.

Selain projek ini, HMSI turut merancang untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran di beberapa kilangnya yang lain. Apabila semua perancangan tersebut selesai, kapasiti pengeluaran tahunan keseluruhan HMSI dijangka meningkat daripada 6.25 juta unit ketika ini kepada 8 juta unit menjelang tahun 2028. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.