RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Mac 2026

AVETA Motor Malaysia Perluas Rangkaian Khidmat Bantuan Bergerak

Aveta Motor Malaysia mengukuhkan komitmennya untuk para pelanggan dengan memperluaskan program khidmat bantuan bergerak yang dikenali sebagai 'Aveta Care on Wheels'. Program ini bertujuan untuk menyediakan khidmat lepas jualan yang lebih pantas, lebih mudah didapati dan dipercayai bagi para pelanggan khususnya di seluruh Semenanjung Malaysia.

Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motor Malaysia dan wakil KW Keat Wei Motor.
Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motor Malaysia dan wakil KW Keat Wei Motor.

Peluasan rangkaian ini dilaksanakan dengan satu matlamat: Memudahkan penunggang Aveta mendapatkan bantuan yang diperlukan, di mana sahaja mereka berada. Dengan merangkumkan pengedar Preferred Plus terpilih dalam rangkaian khidmat bantuan bergerak, Aveta membawakan perkhidmatan lepas jualan profesional lebih dekat kepada para pelanggan. Ini adalah untuk mengurangkan masa kerosakan dan meningkatkan tahap keyakinan dan ketenangan sepanjang proses pemilikan.

Untuk mengukuhkan lagi keupayaan bertindak balas, Aveta telah meluaskan pasukan khidmat lepas jualan kepada enam unit secara keseluruhannya di Semenanjung Malaysia, berkat sokongan para pengedar Preferred Plus. Sokongan lepas jualan bergerak dan perkhidmatan motosikal ihsan kini disediakan oleh semua pengedar yang turut serta di dalam kawasan liputan, memastikan khidmat sokongan yang konsisten dan menyenangkan pelanggan.

En. Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motor Malaysia dan wakil CKT Motor.
En. Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motor Malaysia dan wakil CKT Motor.

Di bawah rangkaian lebih luas ini, KW Keat Wei Motor akan menyokong penunggang motosikal di serata Kedah, termasuk Alor Setar, dan perkhidmatan ini turut dilanjutkan ke Perlis. Bagi menambah lagi skop bantuan di utara, CKT Motor akan berkhidmat kepada penunggang di Sungai Petani dan kawasan sekitar, termasuk Pulau Pinang dan Perak. Di kawasan selatan, NG Brothers Motor pula akan bersedia untuk membantu para penunggang di Johor Selatan, dari Simpang Renggam, Johor Bahru dan kawasan berhampiran.

Aveta Vanguard 250.
Aveta Vanguard 250.

Program ini, bersama pasukan servis dalaman Aveta yang terus berkhidmat di Kawasan Tengah, Melaka dan Pantai Timur, menyediakan pengalaman lebih lancar dan liputan menyeluruh di seluruh negara.

KW Keat Wei Motor.
KW Keat Wei Motor.

“Peluasan rangkaian Aveta Care on Wheels dilakukan semata-mata demi manfaat pelanggan kami,” kata Steven Lim, Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Motor Malaysia. “Kami memahami bahawa proses pemilikan tidak berakhir dengan pembelian motosikal tetapi turut melibatkan keyakinan dan sokongan yang diterima oleh penunggang motosikal setiap hari selepas pemilikan itu. Menerusi kerjasama rapat dengan para pengedar Preferred Plus, kami menjadikan perkhidmatan lebih mudah didapati, lebih responsif dan lebih selari dengan apa yang benar-benar diperlukan oleh pelanggan.”

Aveta Viper 180.
Aveta Viper 180.

Inisiatif ini adalah sebahagian daripada misi lebih luas Aveta untuk membina ekosistem pemilikan yang boleh dipercayai dan mengutamakan pelanggan. Menggabungkan kepakaran dalamannya dengan kerjasama yang dijalin dengan pengedar yang dipercayai, Aveta bukan sahaja meluaskan rangkaian perkhidmatan, tetapi juga menambah baik pengalaman pemilikan keseluruhan.

Sambil Aveta terus berkembang maju di Malaysia, jenama tersebut terus memberi tumpuan membekalkan bukan sahaja motosikal berkualiti tetapi komited untuk berdiri teguh menyokong pelanggan sepanjang perjalanan mereka, memastikan pelanggan menerima sokongan penjagaan, kemudahan dan keyakinan setiap kali mereka menunggang motosikal. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.