RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 31 Mac 2026

Kes Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Mabuk: Desakan Hukuman Lebih Berat!

Kita dikejutkan dengan kemalangan maut yang melibatkan seorang penunggang motosikal yang telah dirempuh sebuah kereta yang dipandu lelaki di bawah pengaruh alkohol dan dadah dua hari yang lalu.

Tangkap layar: Video Tular.
Tangkap layar: Video Tular.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Lim Jit Huey berkata, kejadian kira-kira jam 11.40 pagi itu melibatkan sebuah motosikal dan dua kereta dan siasatan awal mendapati sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an. Kereta yang dipandu individu tersebut datang dari arah Jalan Raya Barat menghala ke Bandar Klang dalam keadaan laju dan berbahaya.

"Pemandu berkenaan dipercayai telah memotong beberapa kenderaan di hadapan sebelum memasuki laluan bertentangan. Tindakan itu menyebabkan kenderaan dipandunya melanggar sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan,” katanya dalam kenyataan pada hari Ahad lepas.

Kredit: Media Sosial.
Kredit: Media Sosial.
Kredit foto: Info Semasa.
Kredit foto: Info Semasa.

Akibat pelanggaran tersebut, mangsa, Allahyarham Amirul Hafiz Omar tercampak ke atas sebuah kereta jenis Perodua Myvi dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah. Lebih menyedihkan, mangsa dikenali sebagai seorang suami dan bapa kepada tiga orang cahaya mata yang cukup kuat bekerja untuk menyara keluarganya.

Tambah beliau, hasil ujian saringan mendapati pemandu kereta berkenaan positif alkohol dan dadah. Suspek telah ditahan bagi membantu siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan kes turut disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952."

Asisten Komisioner Lim Jit Huey turut menegaskan, pemanduan di bawah pengaruh alkohol atau dadah merupakan kesalahan serius yang membahayakan keselamatan diri serta pengguna jalan raya lain.

Kejadian yang berlaku ini telah mencetuskan kemarahan ramai pihak dan semuanya menggesa agar pihak kerajaan melaksanakan hukuman lebih berat terhadap pesalah termasuklah penjara maksimum, menanggung pampasan mandatori dan hukuman sebatan demi mengelakkan kes seperti ini dari terus berlaku. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.