RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 20 April 2026

MV Agusta F3 R Ditawar Pada Harga Baharu €16,000 Di Pasaran Itali

Berita Dunia - MV Agusta telah mengumumkan harga baharu bagi model F3 R iaitu pada €16,000 (RM74,560) untuk pasaran Itali. Penetapan harga baharu ini sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu motosikal SuperSport paling lengkap dan kompetitif dalam kelas pertengahan. Langkah ini bukan sekadar pelarasan harga, tetapi satu strategi penting bagi menyesuaikan diri dengan perubahan besar dalam pasaran motosikal sport yang kini semakin beralih kepada model lebih mudah dikawal, praktikal dan harga yang kompetitif.

MV Agusta F3 R terus mengekalkan identiti jenama Itali yang sinonim dengan rekabentuk eksklusif, warisan perlumbaan dan kejuruteraan premium. Dibangunkan sepenuhnya di Schiranna, Varese, Itali, model ini melambangkan ketukangan tinggi yang membezakannya daripada pesaing lain dalam kategori yang semakin seragam. Ia juga kekal sebagai antara model utama yang membawa konsep SuperSport enjin tiga silinder MV Agusta.

F3 R dikuasakan enjin tiga silinder yang menawarkan hantaran kuasas sekitar 147 hp. Enjin ini menawarkan karakter responsif dengan tork segera pada rpm rendah serta prestasi tinggi pada kelajuan tinggi. Ciri unik seperti crankshaft counter-rotating turut membantu meningkatkan kestabilan dan ketangkasan ketika mengambil selekoh untuk menjadikan model ini lebih licah dan mudah dikawal.


Reka bentuk dan casis F3 R turut mengekalkan keistimewaan tersendiri, termasuk penggunaan swingarm jenis tunggal yang menjadi identiti utama pada MV Agusta. Posisi tunggangan pula direka secara agresif mengikut DNA SuperSport sebenar untuk memberikan kawalan optimum serta maklum balas lebih tepat sama ada di jalan raya atau dalam litar.

Dari segi teknologi, model ini hadir dengan pakej elektronik seperti sistem inersia 6-paksi, empat mod tunggangan (Rain, Sport, Race & Custom), Traction Control, Wheelie Control, Launch Control, Cornering ABS dan Cruise Control.

Jentera ini turut dilengkapi paparan meter TFT 5.5 inci yang disepadukan dengan aplikasi MV Ride bagi tujuan navigasi dan tetapan motosikal. Selain itu, penggunaan Slipper Clutch baharu bersama sistem Quick Shifter melancarkan lagi proses penukaran gear serta mengurangkan beban penggunaan klac sehingga 50% berbanding versi terdahulu. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.