RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 April 2026

Aprilia SR GT 200 Sport 2026 Kembali Dengan Harga Lebih Menarik - RM15,900

Didi Group selaku pengedar rasmi jenama Aprilia di Malaysia mengumumkan harga baharu untuk skuter urban adventure mereka iaitu Aprilia SR GT 200 Sport 2026. Model ini kini ditawarkan pada harga runcit RM15,900 (sebelum ini RM20,900) sekali gus mengukuhkan komitmen jenama tersebut dalam menawarkan prestasi premium dan gaya eksklusif pada nilai yang lebih berbaloi.

SR GT 200 Sport menggabungkan prestasi sporty yang sangat sesuai untuk tunggangan harian. Rekabentuk yang lasak serta posisi tunggangan lebihb tinggi menjadikan skuter serba boleh ini sesuai untuk kegunaan di bandar mahupun pengembaraan ringan di laluan tidak berturap.



Pada masa yang sama,  Aprilia turut mempamerkan prestasi cemerlang di pentas dunia apabila meraih beberapa podium dan kemenangan di MotoGP 2026. Pencapaian ini mengukuhkan lagi reputasi jenama Aprilia dalam dunia perlumbaan serta komitmen terhadap kejuruteraan berprestasi tinggi yang turut diterapkan pada model jalan raya seperti SR GT 200 Sport.

Model ini didatangkan dengan enjini-get 174cc satu silinder dengan sistem penyejuk cecair yang menghasilkan kuasa maksimum 17.4hp pada 8,500rpm dan tork 16.5Nm pada 7,000rpm serta dipadankan bersama transmisi jenis CVT.

Antara kelengkapan lain seperti paparan metr digital, lampu-lampu LED, fork teleskopik, penyerap hentak berkembar di belakang, tayar hadapan 110/80 - 14, tayar belakang 130/70 - 13, brek-brek cakera, sistem ABS (depan), tinggi pelana 799mm, jarak road 1,350mm dan tangki bahan api 9 liter.

"Harga baharu ini menjadikan SR GT 200 Sport lebih menarik untuk penunggang tempatan, apatah lagi dengan prestasi kukuh Aprilia dalam MotoGP musim ini yang mencerminkan gabungan kecemerlangan perlumbaan dan keseronokan tunggangan harian," kata Pengarah Urusan Didi Group, En. Goh Kian Sin.

Aprilia SR GT 200 Sport boleh didapati di semua pengedar sah Aprilia di seluruh negara. Orang ramai dijemput mengunjungi bilik pameran untuk melihat sendiri model ini dan menikmati tawaran harga baharu tersebut. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.