RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 24 April 2026

Blueshark & iMotorbike Lancar Program Tukar Beli Motosikal Elektrik "ReCycle"

Blueshark Malaysia Sdn Bhd dan iMotorbike Malaysia mengumumkan kerjasama strategik bagi memperkenalkan Program Tukar Beli Blueshark ReCycle yang merupakan salah satu inisiatif mudah oleh iMotorbike untuk membantu penunggang motosikal di Malaysia beralih daripada motosikal enjin pembakaran dalaman (ICE) kepada mobiliti elektrik pintar.

Program yang bermula bulan April 2026 ini membolehkan pelanggan menukar motosikal ICE atau motosikal elektrik lama mereka kepada motosikal elektrik baharu jenama Blueshark atau SoloEra dengan proses yang lebih mudah, cepat dan telus.

Melalui kerjasama ini, iMotorbike menyediakan perkhidmatan penilaian motosikal secara profesional berdasarkan pasaran semasa, termasuk pemeriksaan fizikal di pusat pemeriksaan mereka.

Nilai tukar beli yang ditetapkan akan digunakan sebagai potongan harga untuk pembelian motosikal elektrik baharu, sekali gus menjadikan proses naik taraf lebih mampu milik.

Antara kelebihan utama program ini termasuk penilaian motosikal yang pantas, proses dokumentasi yang mudah serta tiada yuran tempahan untuk model baharu Blueshark dan SoloEra.

Pelanggan juga akan menerima ganjaran tambahan seperti baucar e-wallet Setel bernilai RM200 (Solo 1C), RM300 (Solo 2), RM400 (Blueshark R1) selain promosi bermusim dan hadiah terhad yang ditawarkan Blueshark.

Proses program ini bermula dengan penilaian awal di showroom Blueshark, diikuti pemeriksaan penuh di iMotorbike sebelum nilai akhir dipersetujui dan digunakan untuk pembelian EV baharu.

Selain itu, pelanggan iMotorbike juga boleh memulakan proses di cawangan mereka sebelum dirujuk ke Blueshark untuk melengkapkan pembelian motosikal elektrik.

Menurut Blueshark, inisiatif ini membantu mengurangkan kekeliruan pemilik motosikal lama yang ingin beralih kepada EV dengan menyediakan laluan yang lebih jelas dan mudah.

Kerjasama ini dijangka mempercepatkan penggunaan kenderaan elektrik di Malaysia serta menyokong matlamat mobiliti lestari dan pengurangan pelepasan karbon dalam jangka panjang. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.