RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Mei 2026

Yamaha YZF-R25 (2026) Hadir Dengan Dua Warna Baharu

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) secara rasminya memperkenalkan warna baharu untuk model Yamaga YZF-R25. Untuk tahun 2026, model ini hadir dengan dua pilihan warna serba baharu iaitu Icon Blue dan Mint Green yang ditawarkan pada harga asas RM23,098.

Spesifikasi enjin masih sama iaitu dijana enjin 249cc dua silinder selari DOHC yang menghasilkan 26.4 kW pada 12,000rpm dan tork 22.6Nm pada 10,000rpm.

Dari segi prestasi pula, saspensi hadapan didatangkan dengan fork USD manakala belakang menggunakan penyerap hentak tunggal bagi menawarkan keselesaan tidak kira tunggangan jarak dekat mahupun jauh. Sistem brek pula dipadankan brek jenis cakera untuk roda hadapan serta belakang. Model ini turut disempurnakan dengan sistem ABS dua saluran.

Antara kelengkapan lain adalah lampu LED penuh, Assist & Slipper Clutch, sambungan Y-Connect, meter digital, tayar hadapan 110/70-17, tayar belakang 140/70-17, berat 169kg, tinggi pelana 780mm dan tangki bahan api 14.3 liter. 

Yamaha YZF-R25 2026 dengan pilihan warna baharu boleh didapati di semua pengedar sah Yamaha di seluruh negara bermula 21 April 2026. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.