RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 Mei 2026

Aveta Perkukuhkan Khidmat Lepas Jualan Dengan Pusat Servis Teknikal Baharu

Aveta Malaysia secara rasmi memulakan operasi Pusat Servis Teknikal baharunya sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh ekosistem sokongan lepas jualan untuk pemilik motosikal Aveta dan Peugeot di seluruh negara.

Kemudahan baharu itu berfungsi sebagai pusat teknikal lanjutan yang dikendalikan terus oleh ibu pejabat (HQ) khusus bagi menyediakan sokongan teknikal mendalam, diagnostik lanjutan, pembaikan berskala besar serta penyelesaian kes waranti yang memerlukan kepakaran kejuruteraan lebih khusus.

Pusat Servis Teknikal Pimpinan HQ  merupakan sebahagian daripada pelaburan berterusan Aveta dalam meningkatkan pengalaman pemilikan pelanggan, kecemerlangan teknikal serta sokongan produk jangka panjang selari dengan perkembangan operasi syarikat tersebut.

Berbeza dengan pusat servis biasa yang memberi tumpuan kepada penyenggaraan rutin, Pusat Servis Teknikal Aveta direka khas untuk mengendalikan kes-kes yang tidak dapat diselesaikan di peringkat pengedar termasuk pembetulan teknikal, kerja pembaikan utama dan penyelesaian masalah teknikal yang kompleks.

Antara perkhidmatan utama yang ditawarkan di pusat berkenaan adalah diagnostik lanjutan dan penyelesaian masalah teknikal, kerja pembaikan utama dan pembetulan teknikal, pembaikan berkaitan waranti serta sokongan kejuruteraan bagi kes-kes servis yang dirujuk daripada rangkaian pengedar di seluruh negara.

Kemudahan itu turut dilengkapi bengkel moden dan ruang servis khas bagi menyokong kerja pembaikan serta penyelengaraan yang lebih menyeluruh. Selain itu, pelanggan juga disediakan ruang menunggu yang selesa sebagai sebahagian daripada usaha Aveta meningkatkan pengalaman lepas jualan yang lebih lancar dan memuaskan.

Bagi memastikan operasi lebih efisien serta perhatian yang lebih khusus kepada setiap pelanggan, semua urusan servis di pusat ini dijalankan sepenuhnya melalui sistemtemu janji.

Pusat ini turut bekerjasama dengan Aveta Care On Wheels (ACOW) yang merupakan rangkaian bantuan tepi jalan jenama itu yang kini menawarkan liputan lebih meluas dan masa tindak balas lebih pantas susulan inisiatif peluasan yang dilaksanakan baru-baru ini.

Dalam masa sama, pelaburan berterusan Aveta dalam bidang penyelidikan dan pembangunan (R&D) terus memperkukuh keupayaan teknikal syarikat bagi menyokong peningkatan dari aspek prestasi, kebolehpercayaan dan pengalaman pemilikan jangka panjang pelanggan.

Pusat Servis Teknikal Aveta beroperasi dari hari Isnin hingga Khamis bermula jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang dengan waktu rehat tengah hari dari jam 12.30 tengah hari hingga 1.30 petang. Pada hari Jumaat, pusat ini beroperasi dari jam 8.30 pagi hingga 5.30 petang dengan waktu rehat antara jam 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang. Para Pelanggan boleh membuat temu janji dengan menghubungi talian +6012-503 5409. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.