RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 12 Jun 2026

Suzuki Malaysia Satu-Satunya Jenama Motosikal di KLIMS!

Acara Kuala Lumpur International Mobility Show (KLIMS) hari ini membuka tirainya bertempat di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur. Acara pameran permotoran tersebut diadakan bermula hari ini, 12 hingga 21 Jun 2026 dengan menawarkan pengalaman melihat dengan lebih dekat pelbagai model-model baru dan kereta konsep yang pastinya menggamit ribuan pencinta automotif untuk hadir.

Namun begitu, pameran kali ini turut dimeriahkan dengan penyertaan pengeluar dua roda iaitu Suzuki Malaysia dan AFAZ yang merupakan satu-satu ruang pameran motosikal di KLIMS untuk edisi kali ini. Pelbagai model tersergam menanti para pengunjung terdiri daripada jentera sportbike seperti Suzuki GSX-1000RR, Hayabusa, Gixxer 250 dan model-model kembara yang cukup popular antaranya Suzuki -Strom 1050, Suzuki V-Strom 800 dan Suzuki V-Strom 250SX.

Model ikonik, Suzuki Hayabusa.
Model ikonik, Suzuki Hayabusa.
Suzuki V-Strom 1050 'kiri' & V-Strom 800 didatangkan dengan warna serba baru.
Suzuki V-Strom 1050 'kiri' & V-Strom 800 didatangkan dengan warna serba baru.
Suzuki GSX-S1000 'kiri' & GSX-8S.
Suzuki GSX-S1000 'kiri' & GSX-8S.

Kalau anda ingin melihat jentera yang sesuai untuk kegunaan harian, AFAZ Kencana 115 turut dipamerkan. Model jalanan ini dikuasakan oleh enjin 115cc, silinder tunggal, berkuasa 6.8kW dan tork 9Nm yang pastinya memiliki prestasi cukup mantap untuk ke mana sahaja.

AFAZ Kencana Sport 115.
AFAZ Kencana Sport 115.

Jangan pulang dengan tangan kosong. Di ruang pameran Suzuki ini juga menawarkan pelbagai barangan rasmi yang cukup menarik seperti baju-t pelbagai design, topi, beg, tuala, keychain dan lain-lain. Paling 'best'....ada potongan harga sehingga 80% untuk barangan terpilih. Jadi, anda semua kena berkunjung terus ke ruang pameran Suzuki (Booth 2C-03) yang terletak di Dewan 3, Level 1. Jangan lepaskan peluang ini guys!

Jentera Suzuki GSX-R1000 yang digunakan oleh Adam Norrodin.
Jentera Suzuki GSX-R1000 yang digunakan oleh Adam Norrodin.

Kemasukan adalah percuma untuk semua pengunjung pada hari bekerja, Isnin hingga Khamis. Untuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, harga tiket masuk ialah RM30.00 untuk dewasa. Untuk warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan para pelajar sekolah (perlu pamerkan Kad Pengenalan atau Kad Pelajar), harga tiket hanyalah RM15.00 manakala adik-adik berusia 12 tahun dan ke bawah, kemasukan adalah percuma. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.