RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 13 Julai 2026

Sprinta Ladies Satukan Komuniti Lady Bikers di Malaysia

PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) telah melancarkan Sprinta Ladies yang merupakan salah satu inisiatif yang memberi tumpuan kepada pembangunan komuniti penunggang motosikal wanita di seluruh Malaysia.

Inisiatif ini merupakan langkah strategik untuk menghimpunkan komuniti penunggang wanita di bawah satu tempat yang bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama penunggang tetapi membuka lebih banyak peluang untuk pembelajaran, pembangunan diri, perkongsian ilmu dan pengalaman.

Pelancaran Sprinta Ladies diadakan bersempena program Velora Ride & Heal Camp yang menghimpunkan kira-kira 100 peserta dari seluruh negara dalam suasana santai, mesra dan penuh aktiviti. Komuniti Velora dipilih sebagai komuniti perintis bagi memperkenalkan Sprinta Ladies sebelum inisiatif ini diperluaskan kepada komuniti-komuniti penunggang wanita di setiap negeri.

Turut melancarkan baju T-shirt Ladies Bike Week.
Turut melancarkan baju T-shirt Ladies Bike Week.

Pada majlis yang sama, PETRONAS Sprinta turut memperkenalkan rangkaian produk penjagaan motosikalnya iaitu Chain Lube dan Chain Cleaner. Perkenalan produk ini merupakan sebahagian daripada usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penyelenggaraan motosikal yang betul dalam kalangan penunggang.

Pelancaran Sprinta Ladies turut membuktikan komitmen PETRONAS Sprinta dalam menyokong perkembangan komuniti wanita dalam dunia permotoran. Dengan semakin ramai wanita menjadikan motosikal sebagai pengangkutan harian, aktiviti rekreasi dan gaya hidup, melalui platform seperti ini mampu melahirkan komuniti yang lebih aktif  serta saling memberi inspirasi.

Usaha ini juga mencerminkan perubahan landskap industri permotoran tempatan yang kini semakin inklusif dan tidak lagi didominasi oleh golongan lelaki semata-mata. Kehadiran semakin ramai penunggang wanita membuka lembaran baharu kepada dunia dua roda di Malaysia manakala PETRONAS Sprinta terus memainkan peranan penting sebagai antara jenama yang berada di barisan hadapan dalam menyokong pertumbuhan komuniti tersebut. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.