RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 22 Julai 2026

Royal Enfield Malaysia Perkenalkan Himalayan Mana Black Edition - Bermula RM32,700.

Royal Enfield Malaysia telah memperkenalkan Himalayan Mana Black Edition ke dalam pasaran negara pada harga asas Bermula RM32,700. Model dengan warna eksklusif ini diinspirasikan daripada Mana Pass iaitu salah satu laluan altitud tinggi dan paling mencabar di dunia yang terletak pada ketinggian 18,478 kaki (5,632 meter) dari aras laut.

Terkenal sebagai laluan yang menguji ketahanan fizikal, mental dan semangat penunggang, Mana Pass menjadi inspirasi kepada rekaan Himalayan Mana Black Edition yang dibangunkan untuk mereka yang gemar meneroka laluan mencabar. Model ini tampil dengan kemasan Stealth Black bersama sentuhan matte bagi menyerlahkan lagi imej lasak, minimalis dan penuh karakter.

Mana Black Edition turut menampilkan ciri-ciri aksesori eksklusif yang dipasang terus dari kilang bagi memenuhi keperluan penunggang pengembaraan. Ia dilengkapi dengan Black Rally Hand Guards, Black Rally Seat yang menawarkan keselesaan dan cengkaman lebih baik untuk perjalanan jarak jauh. Rally Mudguard pula bagi meningkatkan prestasi di laluan lasak serta rim jejari tanpa tiub (Tubeless Spoked Wheels) yang menggabungkan ketahanan dengan kemudahan penyelenggaraan moden.

Dari segi prestasi, Himalayan Mana Black Edition dikuasakan oleh enjin Sherpa 450 bersesaran 452cc satu silinder, DOHC bersama sistem penyejukan cecair yang menghasilkan kuasa 40hp (29.4 kW) pada 8,000rpm dan tork 40Nm pada 5,500rpm. Enjin ini dipadankan dengan transmisi enam kelajuan bersama sistem slipper clutch yang turut dilengkapi teknologi Ride-by-Wire dengan menawarkan empat mod antaranya Performance + ABS ON, Performance + Rear ABS OFF, ECO + ABS ON dan ECO + ABS OFF.

.

Dari segi pengendalian pula dipertingkatkan menerusi penggunaan fork hadapan Showa USD 43mm dan monoshock Showa di bahagian belakang yang menawarkan proses hentakan dengan lebih baik. Sistem brek menggunakan cakera 320mm di hadapan dan 270mm di belakang. Model ini turut dipadankan dengan ABS dua saluran yang membolehkan fungsi ABS pada roda belakang dinyahaktifkan ketika menunggang di laluan offroad.

Paparan TFT berbentuk bulat 4-inci pada model ini menyokong sambungan telefon pintar dan navigasi Google Maps menerusi aplikasi Tripper Dash. Antara kelengkapan lain adalah lampu LED penuh, tangki bahan api 17 liter, kelegaan tanah 230mm, tinggi pelana 825mm (boleh laras hingga 840mm) dab berat sekitar 196kg.

bagi mereka yang berminat, tempahan telah dibuka di semua lapan pengedar sah Royal Enfield di seluruh negara iaitu Petaling Jaya, Batu Caves, Pulau Pinang, Ipoh, Johor Bahru, Kuantan, Sarawak dan Kota Kinabalu.

Setiap pembelian Himalayan Mana Black Edition turut disertakan dengan jaminan tiga tahun tanpa had jarak perjalanan serta bantuan tepi jalan (Roadside Assistance – RSA) selama tiga tahun yang membolehkan penunggang menikmati setiap pengembaraan dengan lebih yakin. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.