RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Julai 2026

YQS Tawar Servis Berkualiti Melalui Lebih 300 Pusat Servis Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan komitmennya dalam menawarkan pengalaman servis selepas jualan yang berkualiti menerusi rangkaian Yamaha Quality Service (YQS). Dengan lebih 300 Pusat Servis Berkualiti Yamaha (YQS) yang beroperasi di seluruh negara, ia kini muncul sebagai rangkaian servis motosikal terbesar di Malaysia.

Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan HLYM dalam memastikan setiap pemilik motosikal Yamaha menikmati perkhidmatan penyelenggaraan yang profesional, cekap dan mengikut piawaian pengeluar. Setiap Pusat Servis Berkualiti Yamaha dibangunkan berasaskan tiga elemen utama iaitu penggunaan alat ganti tulen, kepakaran mekanik bertauliah dan teknologi diagnostik terkini.

Aspek pertama yang menjadi keutamaan ialah penggunaan Alat Ganti Tulen Yamaha. Semua pusat servis YQS hanya menggunakan komponen asli yang direka mengikut spesifikasi tepat Yamaha bagi memastikan prestasi enjin sentiasa berada pada tahap optimum dengan menawarkan ketahanan dan kebolehpercayaan yang tinggi. Setiap alat ganti tulen turut dilindungi oleh Jaminan Kilang Yamaha, manakala ketulenan minyak pelincir Yamalube boleh disahkan dengan mudah melalui imbasan kod QR pada setiap botol bagi memberikan keyakinan kepada pengguna.

Selain itu, setiap motosikal diselenggara oleh mekanik Yamaha bertauliah yang telah mengikuti latihan khusus berdasarkan standard Yamaha. Latihan tersebut memastikan setiap mekanik memahami sepenuhnya spesifikasi teknikal serta keperluan penyelenggaraan motosikal Yamaha. Setiap Pusat Servis Berkualiti Yamaha mempunyai sekurang-kurangnya seorang Mekanik Tahap Perak yang disokong oleh Mekanik Tahap Gangsa dan untuk Ketua Mekanik pula menerima pensijilan selepas menamatkan latihan lanjutan di Global Yamaha Certified Training Academy (YTA).

Bagi melengkapkan lagi mutu perkhidmatan, pusat servis YQS turut dilengkapi dengan teknologi diagnostik Yamaha terkini serta peralatan servis khusus. Kemudahan ini membolehkan juruteknik mengesan sebarang masalah pada motosikal dengan lebih pantas, tepat dan efisien bagi mempercepatkan proses penyelenggaraan dan pembaikan.

Dengan lebih 300 Pusat Servis Berkualiti Yamaha yang ditempatkan secara strategik di seluruh Malaysia, pemilik motosikal Yamaha kini mempunyai akses yang lebih mudah kepada perkhidmatan selepas jualan yang dipercayai. Gabungan penggunaan Alat Ganti Tulen Yamaha, kepakaran mekanik bertauliah dan teknologi servis moden memastikan setiap motosikal sentiasa berada dalam keadaan terbaik. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700