RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 September 2026

MODENAS Z15GT Terima Tujuh Penambahbaikan & Warna Baharu

Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) terus memperkemaskan produk keluarannya apabila memperkenalkan beberapa penambahbaikan dan dua warna baharu pada Modenas Z15GT.

Menurut MODENAS, Z15GT kini menerima tujuh penambahbaikan yang memberi fokus kepada aspek ketahanan dan perlindungan komponen untuk penggunaan harian.

Antara perubahan yang dibuat termasuk sistem aliran minyak lebihan dipertingkatkan, suis penghidup motosikal diberikan lapisan pelindung & pengedap (sealant) dan rekabentuk bolt serta collar penutup injector yang baharu.



Selain itu, tuil brek hadapan kini mempunyai garisan penunjuk paras rendah, klip untuk panel sisi diperkukuh dan penambahan penutup soket bagi memberikan perlindungan lebih baik untuk pendawaian daripada terkena air.

Bahagian dalam unit suis kiri dan kanan juga menerima perlindungan tambahan pada titik pateri. Kesemua penambahbaikan ini diperkenalkan sebagai sebahagian daripada usaha MODENAS untuk meningkatkan ketahanan serta kebolehpercayaan Z15GT.


Walaupun rekabentuk luaran masih sama tetapi model ini menerima dua warna baharu iaitu Lime Green dan Amazon Green. Dari segi harga pula kekal sama yang ditawarkan pada harga asas bermula RM8,288. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.