RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 Oktober 2026

ETG (Eurotech Group) Memacu Fasa Baru

Eurotech Wheel Distribution Sdn. Bhd. kini ETG memasuki satu fasa baharu dalam industri motosikal Malaysia dengan memperkenalkan identiti baharu sebagai Eurotech Group (ETG), yang selaras dengan peluasan skop operasi dan rancangan pertumbuhannya. Seperti yang kita tahu, syarikat berkenaan merupakan pengimport dan pengedar rasmi beberapa jenama motosikal antarabangsa seperti KTM, Husqvarna Motorcycles, GASGAS dan ZONTES di Malaysia.

Ketika majlis penghargaan media yang berlangsung baru-baru ini, pihak ETG menegaskan perubahan kepada nama Eurotech Group (ETG) bukan sekadar penukaran identiti korporat semata-mata, malah ia mencerminkan perkembangan perniagaan syarikat daripada fokus asal sebagai pengimport dan pengedar motosikal kepada organisasi yang merangkumi pemasangan dan pengedaran motosikal, pengurusan jenama antarabangsa, sokongan pengedar, khidmat selepas jualan, pembangunan penunggang serta aktiviti komuniti.

Salah satu perkembangan paling menarik bagi ETG ialah rancangan mereka untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran. Ketika ini, syarikat yang beroperasi di Jitra dilaporkan mampu menghasilkan kira-kira 4,000 unit motosikal sebulan. Kini, ETG merancang untuk meningkatkan kapasiti tersebut kepada sekitar 15,000 unit sebulan. Untuk itu, mereka akan memperluasan fasiliti dan barisan pemasangan untuk produksi lebih mantap.

Antara moodel baru yang bakal berada di pasaran, Zontes 175V & 175X.
Antara moodel baru yang bakal berada di pasaran, Zontes 175V & 175X.
Zontes 175V.
Zontes 175V.

Dengan perkembangan yang cukup positif ini, ia membolehkan ETG memenuhi permintaan pasaran domestik dengan lebih baik termasuklah beberapa model popular keluaran KTM dan ZONTES, termasuk ZONTES 368G serta keluarga KTM 390.

Barisan siri Zontes 368. Kredit foto: Zontes Malaysia.
Barisan siri Zontes 368. Kredit foto: Zontes Malaysia.

Selain itu, ETG turut memberi perhatian kepada aspek after-sales, menyasarkan untuk meningkatkan rangkaian sokongan sehingga 73 dealer dan 53 pusat servis di seluruh Malaysia dalam tempoh dua tahun. Langkah ini penting kerana pertumbuhan jualan motosikal perlu disokong oleh rangkaian servis dan alat ganti yang cekap.

Perubahan daripada Eurotech Wheel kepada ETG (Eurotech Group) boleh dilihat sebagai langkah strategik lebih-lebih lagi dengan perancangan peningkatan kapasiti pengeluaran dan usaha untuk memenuhi permintaan para pelanggan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Warta Roda

Pusat Servis & Pejabat Urusan Mforce KL Berpindah Ke Lokasi Baru!

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. mengumumkan perpindahan Pusat Servis dan Pejabat Urusan Mforce cawangan Kuala Lumpur ke premis baharu yang lebih luas dan lengkap di Jalan Segambut Tengah. Langkah ini merupakan komitmen berterusan syarikat dalam memperkasakan perkhidmatan selepas jualan seiring dengan peningkatan jumlah pemilik motosikal-motosikal Mforce di Malaysia.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.