RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 2 Januari 2017

Yamaha MT-07 Moto Thrill Day!

Demi memberi pemahaman dan pengalaman menunggang di dalam litar perlumbaan khususnya buat para pemilik model MT-07, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah menganjurkan Yamaha MT-07 Moto Thrill Day yang diadakan di Litar Speedway Plus, Subang pada penghujung November lalu. Penyertaan adalah percuma kepada para pemilik motosikal Yamaha MT-07 dan para pemilik model Yamaha yang lain.

Menurut pengurus kanan pemasaran untuk motosikal berkuasa tinggi, En G.S.Tan, program ini dianjurkan bertujuan untuk merapatkan hubungan antara HLYM dengan para pelanggan setianya. Secara tidak langsung, ianya juga dapat mewujudkan semangat brotherhood di kalangan para pemilik MT-07 dan juga bakal pemilik motosikal ini. Melalui program ini juga dapat memberikan pengalaman dan keterujaan kepada peserta untuk menunggang di dalam litar perlumbaan mahupun program-program yang akan datang.

Kelima dari kiri: En. G. S. Tan turut hadir ke Yamaha MT-07 Moto Thrill Day!
Kelima dari kiri: En. G. S. Tan turut hadir ke Yamaha MT-07 Moto Thrill Day!

Program selama sehari itu bermula pada pukul 8.00 pagi - 5.00 petang berjaya mengumpul seramai 45 orang peserta dan kira-kira 50 buah motosikal. Kebanyakan peserta yang hadir pada hari itu datang dari sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Pihak HLYM juga turut menyediakan lima buah MT-07 untuk peserta yang ingin mencuba kehebatan model ini. Dengan itu peluang diberi kepada peserta yang tidak memiliki jentera ini untuk sama-sama memeriahkan lagi program pada hari tersebut.

Pada waktu pagi telah diadakan sesi taklimat keselamatan dan cara menunggang yang dikendalikan oleh En. Kenny Lee (jurulatih). Sesi taklimat ini dilakukan secara ringkas dan para peserta begitu fokus dan bersemangat mendengarnya. Kemudian peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan supaya sesi menunggang berjalan dengan lancar dan selamat walaupun pada sebelah pagi itu hujan.

“Saya teruja dengan program hari ini. Selain dapat mencuba menunggang jentera MT-07, ini merupakan pengalaman pertama saya di litar dan selepas mendapat tips daripada jurulatih dan rakan-rakan, saya semakin yakin dengan gaya tunggangan sendiri. Ini juga sebagai persediaan awal untuk saya memiliki motosikal yang lebih besar dan berkuasa,” kata saudara Amirul Mukminin berusia 20 tahun yang menunggang Yamaha R25.

“Terima kasih kepada pihak HLYM kerana menganjurkan Yamaha MT-07 Moto Thrill Day! Kami, para pemilik MT-07 amat menyambut baik program seperti ini dan mengalu-alukan sebanyak yang boleh untuk menarik minat pelanggan Yamaha,” kata En. Rudy Jeffrey Peron yang menunggang MT-07 dari Kuala Lumpur.

HLYM memberikan penyertaan secara percuma kepada semua peserta termasuk makan tengahari juga turut disediakan. Para peserta juga mendapat cenderahati iaitu t-shirt khas sebagai tanda kenang-kenangan. Semua yang hadir pada hari itu amat berpuas hati dengan penganjuran khas untuk para pemilik Yamaha MT-07. Mereka juga mendapat pengalaman berharga beraksi di Litar Speedway ini. RR

Isu Pada

Januari 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.