RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 28 April 2018

Program Keselamatan Menunggang Rasniaga & Wunderlich

Pada bulan Januari lalu, RasNiaga dan Wunderlich Malaysia berjaya menganjurkan Advance Riding & Safety Ride yang disertai lebih kurang 55 peserta dengan destinasi pilihan iaitu ke Rompin. Ini merupakan anjuran buat kali kedua bagi kedua-dua pihak.

Para peserta telah berkumpul di Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) seawal jam 7.00 pagi. Yang DiPertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Tuan Haji Abdul Hamid Bin Hussin telah melepaskan peserta konvoi pada pagi tersebut. Jarak ke Kuala Rompin cuma sekitar 279km. Konvoi bergerak dengan penuh berdisiplin dan lancar

Pada jam 12.30 tengahari, konvoi tiba di Sekolah Kebangsaan Sungai Isap, Kuantan Pahang. En. Mahtab B. Mat Ja Euz merupakan seorang rider dan beliau bersama isterinya Norlela Mohamed Nor adalah pengusaha kantin di sekolah ini. Jamuan makan tengah hari telah disediakan dan ditaja sendiri oleh En Mahtab dan isteri. Memang 'terangkat'... sedap sekali!

Lebih kurang jam 3.00 petang, enjin dihidupkan semula untuk menyambung perjalanan ke Cherating. Konvoi tiba di destinasi lebih kurang jam 5.30 petang dengan selamat. Majlis makan malam telah disediakan oleh pihak resort dan sebaik sahaja selesai, Tuan Haji Wazi Hamid (Lagenda Champion Cup Prix Malaysia) memberi taklimat mengenai program Advance Riding & Safety Ride.

27hb Januari. Dalam jam 9.00 pagi, konvoi bergerak dari Cherating ke Kuala Rompin yang jaraknya lebih kurang 179km. Mereka sampai di Kuala Rompin pada jam 11.30 pagi. Selesai urusan penyerahan bilik, para peserta dijemput untuk makan tengah hari.

Pada jam 3.00 petang, kelas bersama Wazi bermula dan mengambil masa lebih kurang dua jam. Dalam sesi ini, Wazi berkongsikan tentang perkara asas dalam tunggangan. Sememangnya ramai di antara para penunggang motosikal memiliki pengalaman menunggang yang cukup banyak tetapi masih ramai juga yang tidak tahu kaedah membrek dengan betul.

“Kami akan menerangkan kaedah membrek, bila untuk membrek, kelajuan yang tepat untuk berada di jalan berselekoh dan sebagainya. Ini amat penting demi keselamatan para penunggang kerana semakin banyak kemalangan berlaku di kalangan penunggang motosikal walaupun bagi pemilik jentera yang moden. Dengan pendedahan dan perkongsian ini, barulah kita dapat teknik yang betul untuk memperlahankan kelajuan motosikal dengan tepat dan selamat,” komen Wazi.

28hb Januari. Para peserta pagi ini telah bersedia dari awal lagi untuk mengikuti latihan praktikal yang diajar oleh Wazi sendiri. Sesi latihan kali ini masih tertumpukan kepada kelajuan yang betul serta cara membrek yang tepat dalam semua keadaan dan corak jalan. Para peserta menerima segala ilmu ini dengan serius sehinggakan tiga jam berlalu tanpa sedar.

Rehat sebentar untuk makan tengah hari, kelas sambung semula di tepi pantai dan ditamatkan dengan acara menunggang motosikal secara offroad. Tahniah buat pihak penganjur yang berjaya menyelitkan kursus atau sesi latihan ini dalam jadual harian program mereka.

Hari terakhir, konvoi bergerak menuju balik ke Kuala Lumpur melalui Muadzam Shah dan berhenti makan tengahari di Azura Udang Galah, Leban Condong, Kuala Rompin. Ini merupakan destinasi wajib bagi rakan-rakan bikers yang berkunjung ke sini. Ketika berada di daerah Kuala Pilah, para peserta sekali lagi berhenti sebelum menuju ke rumah masing-masing. Kali ini berhenti untuk menikmati minum petang di Kedai Kopi Pak Mansoor yang sudah tidak asing lagi di kalangan rider motosikal. RR

Isu Pada

April 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.