RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 3 Mei 2018

Asian Women's Force Ride 2018

Sempena Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac yang lalu, WIMA Malaysia (Women International Motorcycle Association) telah bersepakat untuk mengadakan acara yang julungkalinya diadakan di Malaysia iatu Asian Women's Force Ride 2018 (AWF).

Rakan-rakan bikers dari negara jiran seperti Thailand, Singapura, Bangladesh, Indonesia dan Brunei telah dijemput untuk turut serta dalam konvoi ini. Tidak ketinggalan, sempena tahun melawat Malaysia 2020 pihak penganjur juga telah membawa mesej buat para peserta negara jiran mengenai acara ini.

Konvoi AWF terbuka kepada semua jenis motosikal yang berkuasa dari 150cc hingga 1800cc. Ride tiada beza ini ternyata menguji ketahanan mental dan stamina kesemua lapisan penunggang yang berumur dari 18 hingga 60 tahun. Menerusi acara ini juga, ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara para peserta tanpa sempadan bangsa dan agama.

8 Mac 2018: Pihak penganjur telah mengadakan jamuan makan malam dan taklimat yang telah diberikan oleh pihak pengiring trafik di hotel YMCA KL di Brickfields, Kuala Lumpur bersama para peserta seramai 85 orang dari seluruh semenanjung Malaysia, Indonesia, Brunei dan Sibu. Turut hadir pada majlis tersebut adalah tujuh orang anggota pengiring polis wanita trafik bermotosikal dan 10 pengiring trafik lelaki yang turut serta dalam program selama 3 hari 2 malam.

9 Mac 2018: Jam menunjukkan baru pukul 6.00 pagi tetapi para peserta konvoi telah check out dan bersiap sedia menunggu di motosikal masing-masing untuk konvoi ke Putra Jaya. Inspektor Ummul Hidayah pegawai pengiring trafik wanita mengetuai konvoi AWF ini ke Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk menyambut ketibaan Ketua Setiausahanya iaitu YBhg Dato’ Suriani Binti Dato’ Ahmad. Acara kemuncak flag off oleh YBhg Dato’ telah disempurnakan lebih kurang jam 8.45pagi dengan melepaskan para peserta konvoi ke Sungai Petani, Kedah.

Dua buah kereta polis, tiga buah support car dan towing dari team RANGERS, MS Garage dan En. Saiful turut serta dalam konvoi AWF 2018. Seorang peserta, Pn Sarimah berumur 54 turut serta yang pernah mengalami strok ringan pada tahun 2012. Beliau hadir bersama anak perempuannya Radin Putri Farzana Natasha.

Sejak insiden itu, Kak Imah (yang lebih mesra dengan panggilan tersebut) bersama suaminya hanya menunggang sekitar Lembah Klang sahaja. Ini kerana dia akan rasa kebas pada bahagian jari dan tangan bila menunggang jauh.

Cuaca yang panas terik dari Putra Jaya ke utara tanahair menguji daya tahan para peserta tetapi perjalanan ini akhirnya tamat pada jam 2.00 petang apabila tiba dengan selamatnya di Benelli Shop, Juru. Lebih menceriakan para peserta tentulah apabila ketibaan mereka disambut oleh En. Chee Keong dan kakitangan Benelli yang lain. Peserta dijamu dengan makan tengah hari.

Lebih kurang jam 3.45 petang konvoi bergerak ke Sungai Petani, Kedah dan selamat tiba sejam kemudian. Sebelum ke hotel, konvoi dibawa singgah sebentar di tapak Sungai Petani Bike Week. Ada yang mengambil kesempatan untuk membeli barangan cenderahati dan ramai juga yang terus ke hotel untuk berehat sementara menunggu majlis makan malam di Restaurant Sri Langkasuka.

10 Mac 2018: Taklimat keselamatan dan teknik berkonvoi dengan betul disampaikan oleh Insp. Ummul dan kemudiannya disambung dengan senaman pagi. Dari Sungai Petani, konvoi teruskan perjalanan dan berhenti untuk makan tengahari di Guan How Superbike Center, Simpang Pulai, Ipoh.

Konvoi meninggalkan Ipoh untuk berkunjung ke sebuah lokasi bersejarah, Kellie's Castle dan kemudiannya ke Teluk Intan. Sudah pasti Menara Condong adalah pilihan utama para penganjur agar para peserta dapat melihat dan bergambar kenangan di sini.

Konvoi disambut oleh Tn Hj Mas’aud, Presiden Kelab C2 Bikers Perak. Dengan cuaca yang panas terik, minuman petang cendol dan mee rebus sememangnya satu 'hadiah' yang sangat dinanti-nanti oleh para peserta. Terima kasih diucapkan buat Tn. Hj Mas’aud kerana sudi melayan dan menyediakan jamuan minum dan makan petang. Moga murah rezeki selalu!

Perhentian akhir pada hari tersebut ialah di Felda Residense Hot Spring Sungai Klah, Perak dan setiap peserta tiba dengan selamat dan penuh semangat. Majlis makan malam diadakan secara santai tetapi cukup meriah apabila para peserta dapat bersama Anita Yusof, wanita pertama yang menunggang ke seluruh dunia dengan motosikal FZ150i.

Selain beramah mesra dengannya, para peserta konvoi turut berpeluang melihat video pengalaman dan adventure Anita ketika dalam perjalanannya. Selesai jamuan makan malam, acara cabutan bertuah di langsungkan. GIVI Malaysia, Route 88, Motobatt Malaysia dan lain-lain lagi turut menajakan hadiah-hadiah menarik. Majlis makan malam bersurai lebih kurang jam 11.30 malam.

11 Mac 2018: Para peserta diberi masa untuk melakukan aktiviti bebas. Ada yang bersantai di kolam hot spring dan ada juga yang sedang bersiap sedia untuk bergerak pulang ke rumah masingmasing. Konvoi terlebih dahulu singgah di restoran Nasi Bamboo, Sungai Klah, Perak, sememangnya juadah di sini sangat menyelerakan! RR - NZ York

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.