RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 8 Mac 2017

Benelli Melantik Mforce Bike Holdings Sebagai Pengedar Baru

Benelli, pengeluar motosikal berkuasa tinggi dari Itali telah mengumumkan dengan rasminya pelantikan Mforce Bike Holdings Sdn Bhd sebagai pengedar baru mereka untuk motosikal jenama Benelli di Malaysia yang berkuatkuasa pada 1 Februari lalu. Di atas pelantikan tersebut, Mforce Bike Holdings akan memasang, mengedar dan membekalkan perkhidmatan lepasan jualan termasuk pembekalan alat ganti bagi produk Benelli di Malaysia.

Menurut En. Ahmad Asri, Pengurus Jualan Nasional Mforce Bike Holdings, semua pemilik Benelli akan terus menikmati faedah dan perkhidmatan tambahan yang dibekalkan oleh syarikat. Semua Pusat Servis Mforce di Malaysia akan memberikan sokongan perkhidmatan selepas jualan bermula dari bulan Mac kepada semua motosikal Benelli yang berada di pasaran sebelum ini.

Mforce Bike Holdings turut merancang untuk meningkatkan variasi jentera Benelli di Malaysia dan sebagai permulaan, model-model baru seperti Leocino 500, 302R dan TRK 502 sedang diberi perhatian serius oleh pihak syarikat. Selain itu, Mforce Bike Holdings akan memperkenalkan buat pertama kali jentera moped keluaran Benelli dengan enjin bersesaran 150cc yang memiliki piawaian Euro Standard.

Model baru ini nanti menawarkan ciri-ciri menarik seperti sistem enjin suntikan bahan api, transmisi enam kelajuan dan sistem penyejuk enjin. Untuk mendapatkan maklum balas dan membuktikan kemampuannya, jentera ini telah diuji secara menyeluruh sejauh 20,000 kilometer. Dengan ujian ini, jentera semestinya mencapai tahap yang diingini oleh pelanggan di Malaysia untuk sebuah 'super-moped'.

Pihak Mforce Bike Holdings telahpun menyediakan peruntukan yang besar untuk tujuan promosi seperti pameran motosikal dan kaedah pemasaran juga telah dirancang dan dilaksanakan dengan sewajarnya bagi memastikan jenama Benelli lebih dikenali umum di Malaysia.

Pihak syarikat juga berharap kelab-kelab Benelli dapat menghubungi ibu pejabat di talian 04-554 1777 (En. Paul) untuk pendaftaran dan bersama-sama di dalam program yang akan dianjurkan di masa akan datang. Sila layari laman web rasmi www.benelli. my dan di ruang media sosial facebook, https://www.fb.com/ malaysia.benelli untuk mendapatkan p e n g u m u m a n terkini mengenai Benelli. RR

Isu Pada

Mac 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.