RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Januari 2019

Orange Carnival Sungai Petani

Pada 24 November lalu, KTM Malaysia telah menganjurkan acara Orange Carnival bertempat di Aman Jaya Mall, Sungai Petani, Kedah. Seawal jam 10.00 pagi datarannya dipenuhi dengan kehadiran para penunggang dari Northern Dukers dan pemilik-pemilik KTM lain yang hadir dari pelbagai destinasi. Sedikit demi sedikit semakin ramai pencinta jenama KTM ini tiba memeriahkan acara.

KTM Malaysia telah menyediakan banyak aktiviti menarik bersempena acara ini. Antaranya sesi tunggang uji jentera KTM yang terbaru seperti 250 Duke, 390 Duke, RC 250, 1050 Adventure, 1290 Super Duke GT dan 1290 Super Duke R. Turut dianjurkan ialah pertandingan gymkhana yang terbuka pada semua jenis motosikal, stunt show, servis motosikal KTM dan dengan pendaftaran sebanyak RM30, setiap rider layak untuk cabutan bertuah, sebuah KTM 200 Duke yang ditaja oleh KTM Malaysia.

Tidak ketinggalan beberapa orang penunggang motosikal wanita yang hadir dan bersedia untuk menguji prestasi motosikal KTM. Turut memeriahkan karnival ini ialah penjualan pakaian motosikal, aksesori dan alat ganti motosikal yang ditawarkan oleh para pengedar KTM dan pengedar lain pada harga yang cukup berpatutan.

Lebih kurang 600 orang rider hadir ke acara ini dan semestinya acara kemuncak iaitu Cabutan Bertuah yang ditunggu-tunggu sejak di awal pagi. Hadiah utama berupa sebuah KTM 200 Duke telah dimenangi oleh saudara Amsyar Haikal Bin Amran dari Jitra. Tahniah diucapkan! RR

Isu Pada

Januari 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.