RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Jun 2018

Beli Ducati XDiavel Matt Atau Multistrada Enduro & Nikmati Percutian Di Itali

Ini pastinya berita baik buat para pencinta motosikal terutamanya bagi mereka yang ingin memiliki jentera Ducati. Atas inisiatif Ducati Petaling Jaya, dengan setiap pembelian Ducati XDiavel Matt atau Multistrada Enduro 1200 akan menerima pakej percutian dan pengembaraan motosikal di Itali selama sembilan hari secara percuma. Menurut pihak Ducati Petaling Jaya, terdapat enam unit untuk model XDiavel dan enam unit bagi model Multistrada Enduro 1200 yang sedia untuk dimiliki.

Pakej percutian ini adalah untuk selama sembilan hari dengan empat hari menunggang pelbagai jenis jentera Ducati sejauh kira-kira 970 kilometer yang bermula pada 16 hingga 24 Julai 2018. Antara tempattempat bakal dilawati ialah Bologna (ibu pejabat Ducati), Chianti, Rome, Gubbio, Misano (World Ducati Week 2018). Selain melawati tempat-tempat menarik, turut menanti ialah pelbagai aktiviti yang telah disediakan di sepanjang perjalanan. Antara acara kemuncak ialah menikmati kemeriahan World Ducati Week Edisi ke-10 yang akan diadakan di Litar Antarabangsa Misano.

Bagi para peminat motosikal yang ingin menikmati percutian hebat ini tanpa membeli jentera Ducati, harga pakej ialah dari RM18,800 hingga RM20,800. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Ketua Bahagian Jualan Ducati PJ, En. Zaid Apandi di talian 03-7955 9388. RR

Isu Pada

Jun 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.