RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Jun 2017

Yamaha XSR900 Menang Anugerah Red Dot Best Of The Best

Yamaha Motor dengan bangganya mengumumkan bahawa XSR900 telah dipilih sebagai 'Best of the Best' di dalam anugerah terkemuka global, Red Dot Award dalam kategori Rekaan Produk 2017. Ini juga merupakan kemenangan kali kelima berturut-turut produk keluaran Yamaha Motor sejak tahun 2012 serta produk ketiga yang telah menerima anugerah 'Best of the Best'. Sebelum ini, anugerah berprestij ini telah pun dimiliki menerusi rekaan unit kuasa elektrik JWX-2 untuk kerusi roda dan motosikal MT-07 pada tahun 2015.

Model XSR900 dibangunkan untuk memberi kepuasan kepada penunggang yang sentiasa meletakkan motosikal sebagai hobinya disamping mengekalkan rekabentuk dan gaya 'tradisional'. Meskipun rekabentuk luarannya jenis retro, XSR900 telah disempurnakan dengan teknologi terkini agar tunggangan lebih menarik dan bermakna. Anugerah ini juga adalah pengiktirafan kelima yang diterima oleh XSR900 selepas Good Design BEST100, Auto Colour Award 2016 Special Prize, JIDA Design Museum Selection Vol.18 dan iF Design Award. Ia adalah satu-satunya model keluaran Yamaha yang telah menerima lima anugerah rekabentuk.

“Kesinambungan daripada kejayaan 2015 menerusi MT-07 dan JWX-2, kami percaya bahawa penerimaan anugerah untuk model XSR900 ini merupakan pengiktirafan terhadap komitmen dan inisiatif Yamaha Motor di dalam bahagian rekabentuk. Pembangunan XSR900 bukan hanya berada di tangan jurureka sahaja tetapi ia adalah tanggungjawab semua dari bahagian kejuruteraan dan pengeluaran,” jelas En. Akihiro Nagaya, Ketua Pengurus Besar Pusat Rekabentuk.

“Tahun ini, Yamaha Motor telah membuka Pusat Inovasi sebagai asas baru untuk mewujudkan Pusat Rekabentuk. Kami merancang untuk memperkukuhkan bahagian Advance Development dan Product Development demi melahirkan lebih banyak rekabentuk menarik dan unik,” tambahnya.

Kita berharap model ini akan dibawa masuk oleh HLYM agar rekabentuk uniknya dapat dilihat dan dihargai oleh para pencinta motosikal di seluruh negara.

Info: Red Dot Award ini diasaskan pada tahun 1955 oleh Design Zentrum Nordrhein Westfalen (NRW), sebuah institusi rekabentuk yang terkenal di seluruh dunia. Institut ini terletak di sebuah rumah pengewapan, lombong arang di Assen (Zollvereuin Colliery) yang telah direka semula. Tempat ini telah disenaraikan sebagai UNESCO World Cultural Heritage Industrial Monument. 'Red Dot' ini disepakati antarabangsa sebagai penanda kualiti tertinggi dalam rekabentuk barangan dan produk.

Dalam usaha untuk melihat kepelbagaian penciptaan suatu rekabentuk, tiga pertandingan telah dibahagikan iaitu “Red Dot Award: Product Design”, “Red Dot Award: Communication Design” dan “Red Dot Award: Design Concept” yang merangkumi produk-produk dari projek komunikasi hinggalah kepada konsep rekaan dan prototaip. Produk yang memenangi anugerah ini akan dipamerkan di Red Dot Design Museum, Assen. Selain di Assen, terdapat dua lagi negara yang mempunyai muzium ini iaitu di Singapura dan di Taipei. RR

Isu Pada

Jun 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.