RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 September 2018

Litar Antarabangsa Sepang Bersinar Di Waktu Malam

Tahniah buat Litar Antarabangsa Sepang (SIC) yang kini lebih eksklusif dan berwajah baru dengan penggunaan lampu limpah berkuasa konsisten 150 lux yang menerangi keseluruhan litar. Majlis perasmian litar SIC ‘baru’ ini lebih istimewa kerana telah disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir pada awal Ogos lalu dan beliau merupakan insan yang menaikkan nama SIC di mata dunia ketika beliau memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 1999.

Tun Dr. Mahathir ‘kembali’ ke SIC kali ini untuk melihat litar kebanggaannya itu bersinar di waktu malam..
Tun Dr. Mahathir ‘kembali’ ke SIC kali ini untuk melihat litar kebanggaannya itu bersinar di waktu malam..

Pengerusi SIC, Tan Sri Azman Yahya mengatakan bahawa 64 buah lampu limpah ini dipasang oleh syarikat Musco Lights dari USA yang mempunyai kepakaran tinggi dan mereka juga bertanggungjawab dalam pemasangan lampu di Litar Yas Marina di Abu Dhabi, Litar Antarabangsa Losail di Qatar, Jukasa Speedway di Kanada dan Litar Antarabangsa Bahrain.

Lampu limpah baru ini juga telah mendapat kelulusan daripada International Motorcycling Federation (FIM) dan International Automobile Federation (FIA). Kadar pencahayaan yang tepat dan mengikut piawaian amat penting terutamanya buat para pelumba motosikal untuk membuat penilaian pada zon membrek, membuat belokan dan kawalan di zon pecutan dengan sempurna.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, litar SIC yang sepanjang 5.543km ini telah meraih tempahan dalam kadar purata 98% dan dengan penaiktarafan ini, SIC berharap akan mendapat lebih banyak penganjuran dan acara perlumbaan di sebelah malam. Tempahan untuk penggunaan litar pada waktu malam telah dibuka untuk para pencinta sukan motor pada 7 Julai yang lalu dan SIC menyasarkan peningkatan tempahan sebanyak 10%.

Pada hari yang sama, YAB Tun Dr Mahathir turut merasmikan sebuah klinik yang beroperasi sepenuhnya di dalam SIC. Klinik tersebut sebelum ini dikhususkan untuk kegunaan para pelanggan, kakitangan SIC yang bertugas dan kini dibuka setiap hari untuk orang awam dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 malam. Klinik SIC memiliki sijil sah daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 17 Mei lalu dan diuruskan oleh Medic Qaseh yang menyediakan perkhidmatan x-ray, ultrasound 4D dan 2D, ECG, pemeriksaan ibu dan anak, rawatan asma, ENT, vaksin dan banyak lagi. Turut disediakan ialah perkhidmatan unit ambulans.

Antara bilik rawatan yang terdapat di Klinik SIC.
Antara bilik rawatan yang terdapat di Klinik SIC.

“Selain itu, kami kini mengadakan perjumpaan dengan syarikat persendirian di kawasan berdekatan yang ingin melantik Klinik SIC sebagai salah satu klinik panel mereka. Inilah usaha SIC yang inginkan lebih pendekatan dengan masyarakat setempat selain hanya menjadikan Sepang International Circuit ini destinasi sukan motor sahaja,” kata CEO SIC, Dato’ Razlan. RR

Isu Pada

September 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.