RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 September 2018

Pemilik Benelli TRK502 Berkonvoi Ke Cameron Highlands

Buat pertama kalinya satu perhimpunan melibatkan semua pemilik Benelli TRK502 dapat dianjurkan pada 28hb Julai lalu. Perhimpunan ini berlangsung di Tanah Rata, Cameron Highlands. Seramai 80 orang menyertai perhimpunan ini termasuk kakitangan Mforce Bikes Holdings Sdn Bhd.

Konvoi mula berkumpul di Petronas R&R Simpang Pulai pada pukul 10.30 pagi. Lebih kurang setengah jam kemudian, konvoi mula bergerak menuju ke Cameron Highlands. Dengan pengalaman dan kecekapan yang tinggi para penunggang, perjalanan bergerak dengan selesa dan cukup lancar. Enjin TRK502 yang berkuasa 35kW pada 8,500rpm dan tork 45Nm pada 5,000rpm menempuh pendakian dengan sempurna. Konvoi kemudiannya berhenti seketika untuk sesi pengambaran di Route185 sebelum bergerak terus ke Restoran Bunda untuk makan tengah hari.

Konvoi juga berkesempatan melawat ladang Teh Boh di Cameron Valley Plantation untuk berehat seketika disamping menikmat minuman kesegaran ‘tea time.’ Di sebelah malam pula, pelbagai aktiviti disediakan untuk para peserta konvoi seperti jamuan makan malam dan mini games. Ini juga masanya para peserta bertukar-tukar cerita dan pengalaman yang rata-ratanya tertumpu pada dunia pengembaraan motosikal.

Keesokan harinya, semua peserta cukup bersemangat dan bertenaga untuk menikmati sarapan di awal pagi. Sebelum bersurai, mereka sempat bergambar kenangan bersama-sama kakitangan Mforce Bike Holdings Sdn Bhd. Tahniah buat penganjur atas kejayaan merapatkan hubungan di antara para pemilik yang datangnya dari seluruh negara. RR

Isu Pada

September 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.