RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Februari 2019

Vintage & Classic Military Bike Day 2018

Demi mempertontonkan pelbagai jentera dua roda pra sejarah khususnya yang digunakan dalam dunia peperangan, Jowo Bros Selangor Vintage Motor Club bersama JPP Sepang Putra telah menganjurkan perhimpunan pertama Vintage & Classic Military Bike Day pada awal Disember 2018 lalu bertempat di Pantai Bagan Lalang, Sepang. Menerusi acara yang julung-julung kali diadakan ini, para pengunjung dapat melihat dengan lebih dekat kenderaan perang yang digunakan dalam Perang Dunia II dan di zaman penjajahan British di Malaysia.


Acara tersebut berjaya mengumpulkan sebanyak 67 buah motosikal pelbagai jenis dan saiz enjin seperti BSA, Ariel, Triumph, Norton, Royal Enfield, Vespa dan Lambretta. Turut berjaya dipamerkan ialah dua buah jip lama dan tiga buah basikal yang digunakan di zaman perang seperti model Philips, MKV dan Mercury 1949. Apa yang cukup mengagumkan, koleksi jentera-jentera ini datangnya dari beberapa buah negeri di Malaysia seperti dari Selangor, Perak, Johor, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan dari beberapa daerah di Indonesia seperti Riau, Bandung dan Malang.


Ternyata pencinta jentera yang cukup unik ini terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan latar belakang. Ini juga tujuan mengapa acara ini dikatakan cukup berjaya iaitu ia juga sebagai tempat berjumpanya kenalan baru dan lama yang berkongsikan minat yang sama. Kita boleh melihat pemilik jentera ini terdiri daripada orang berbangsa Melayu, Cina, India, Singh dan Indonesia.


Kesungguhan mereka yang cukup gigih dan bersemangat untuk menjayakan acara ini wajar diberi pujian. Ketika konvoi dijalankan, para peserta yang menyusuri perjalanan sejauh 40 kilometer menggunakan jentera yang sudah ‘tua’ diuji dengan masalah kerosakan dan terpaksa bergerak dalam kelajuan yang rendah (faktor jentera sudah berusia) dalam cuaca yang cukup panas. Dengan mengenakan pakaian ala tentera yang lengkap dengan aksesori jentera klasik, pemandangan di kawasan acara tersebut memang cukup unik. Paling penting, segalanya berjalan dengan lancar dan selamat.

Para pengunjung yang hadir ternyata terpegun dengan keunikan setiap jentera yang dipamerkan. Rata-ratanya memuji daya tahan dan kekuatan tubuh badan yang membuatkan jentera ini layak digunakan di medan perang. Diharap agar acara ini akan diteruskan pada tahun-tahun akan datang kerana iaya cukup penting khususnya untuk golongan muda menghargai keunikan jentera-jentera lama. RR

Isu Pada

Februari 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.