RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 4 Julai 2017

Yamaha FZ150i & Lagenda 115Z Berwajah Baru!

Yamaha FZ150i dan Lagenda 115Z pastinya dua model Yamaha yang sudah tidak asing lagi buat para penunggang motosikal di Malaysia. Kedua-dua model ini disukai ramai atas beberapa faktor penting seperti bentuk menarik, kuasa pecutan yang mantap dan kadar penggunaan bahan api yang jimat.

Ayuh kita lihat spesifikasi jentera jalanan Yamaha yang seringkali menjadi pilihan buat mereka yang inginkan sebuah model pelbagai guna. FZ150i dilengkapi dengan enjin 149.8cc, 4 injap SOHC, sistem suntikan bahan api yang menawarkan kuasa maksimum 12.2 kW pada 8,500rpm dan tork 14.5 Nm pada 7,500rpm.

Model jalanan ini juga dilengkapi dengan sistem cakera di bahagian hadapan dan belakang. Pengendaliannya yang mudah ternyata cukup sesuai untuk semua jenis penunggang tidak kira lelaki mahupun wanita. Keupayaan model Lagenda 115Z pula tidak perlu dipertikaikan lagi. Enjin 113.7cc yang dilengkapkan pada model ini menawarkan kuasa setinggi 7.4kW pada 7,750rpm dan tork 9.9Nm pada 6,500rpm yang terbukti hebat di jalanan biasa mahu pun di litar perlumbaan. Kelincahan dan kuasa torknya yang bertenaga menjadikan model ini pilihan warga kota.

Terbaru, pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah memperkenalkan model-model popular ini dengan warna dan rekacorak grafik terkini yang pasti menjadikannya lebih menarik dan lebih sporty. Warna baru untuk mesin FZ150i jalanan ialah kuning, biru dan merah. Model FZ150i ini boleh dimiliki pada harga RM9,156.28 (selepas GST tanpa cukai jalan, nombor pen-daftaran dan insurans).

Lagenda 115Z pula ditawarkan pada tiga warna baru iaitu merah, biru dan hitam pada harga RM5,683.72 (selepas GST tanpa cukai jalan, nombor pendaftaran dan insurans). Kedua-dua model ini telah mula dipasarkan pada pertengahan bulan Jun lalu. RR

Isu Pada

Julai 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700