RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 1 Ogos 2017

Peluang Menang Hadiah Dengan Shell Advance Road Show

Ya... ini berita baik untuk para pemilik motosikal di seluruh negara dan lebih-lebih lagi buat mereka yang meyakini Shell Advance sentiasa akan melindungi enjin motosikal mereka. Shell Advance akan mengadakan pertunjukan bergerak (road show) di seluruh Malaysia selama empat bulan dari 7hb Julai hingga 29 Oktober nanti yang bertujuan untuk berinteraksi dengan para penunggang motosikal.

Pengurus Pemasaran Shell Lubricants, En. Alex Lim dengan topi keledar yang ditawarkan sebagai hadiah di Shell Advance Road Show.
Pengurus Pemasaran Shell Lubricants, En. Alex Lim dengan topi keledar yang ditawarkan sebagai hadiah di Shell Advance Road Show.

Road Show Shell Advance ini diadakan di lokasi-lokasi popular di kalangan penunggang motosikal seperti bengkel, pusat membeli belah dan pasaraya besar. Untuk menarik ramai pengunjung, pelbagai acara menarik seperti ujian masa simulator motosikal, bergambar dan memuat naik aksi elbow down di media sosial akan dianjurkan. Para pemenang akan menerima hadiah-hadiah hebat dari Shell Advance termasuk tiket-tiket ke MotoGP Shell Malaysia 2017.

Pengurus Jenama Shell Advance, Ms Cheong Su Lin mencuba ‘elbow down’.
Pengurus Jenama Shell Advance, Ms Cheong Su Lin mencuba ‘elbow down’.

Bagi pelanggan yang membeli mana-mana produk Shell Ultra, AX7 dan AX5, anda akan layak menyertai peraduan Road Show yang memberi peluang untuk memenangi lima topi keledar berjenama Shark yang bernilai RM1,250 setiap satu.

Selain itu, Road Show ini juga dirancang untuk mempertingkatkan dan memperbaiki kemahiran mekanik motosikal di seluruh negara menerusi sesi latihan secara langsung di lokasi-lokasi terpilih yang diberikan oleh jurulatih profesional dari Shell Advance.

Untuk mendapatkan senarai lengkap lokasi, sila ke www.shell.com.my/advanceroadshow. RR

Isu Pada

Ogos 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.