RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Oktober 2018

Siri SYM Bonus 2018 Kini Lebih Sempurna

Sejak diperkenalkan kira-kira lapan tahun yang lalu, varian SYM Bonus telah menerima sambutan yang cukup memberangsangkan dan kini, SYM Bonus kembali dengan tiga variasi terbaru iaitu E Bonus 110, E Bonus 110 H dan E Bonus 110SR. Ketiga-tiga model yang diberi sentuhan serba baru ini bukan sahaja cantik tetapi juga telah menepati piawaian Euro3.

E Bonus 110
E Bonus 110

Kesemua siri SYM Bonus ini dilengkapkan dengan enjin bersesaran 108cc, SOHC, dua injap dan sistem penyejuk udara. Enjin ini juga memiliki kuasa hantaran setinggi 7.1hp pada 7,500rpm yang segar, lancar dan mantap. Ketiga-tiga variasi Bonus ini juga seberat 103kg, tangki sebesar 4.1 liter, penghidup jenis elektrik dan penambahan terkini untuk model SYM Bonus ialah ruang penyimpanan barang bawah pelana serta suis kunci keselamatan.

E Bonus 110SR
E Bonus 110SR
E Bonus 110 H
E Bonus 110 H

Model E Bonus dan E Bonus 110 H menggunakan brek hadapan dan belakang jenis gelendong manakala model Bonus 111SR pula dilengkapi dengan brek hadapan jenis cakera. Untuk penyerapan sebarang jenis mukabumi atau bebanan, SYM telah melengkapkan ketiga-tiga model ini dengan fork hadapan jenis teleskopik dan penyerap hentak berspring yang telah terbukti cukup efisien. Untuk jadikannya lebih praktikal, soket USB turut dipasang pada model-model ini. RR

Isu Pada

Oktober 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.