RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 23 Jun 2020

Warna Baru Yamaha Tracer 900GT

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd baru sahaja mengumumkan warna dan grafik terbaru untuk model popular, Tracer 900GT iaitu Reddish Copper dan Midnight Silver. Model lasak ini telah menambat hati para pencinta dunia pengembaraan motosikal sejak ia dilancarkan tahun lalu.

Jentera ini didatangkan dengan enjin bersesaran 847cc, tiga silinder, sistem penyejuk cecair, DOHC yang menjanakan kuasa setinggi 115PS pada 10,000rpm dan tork 87.5Nm pada 8,500rpm. Antara ciri-ciri cukup menarik yang dipadatkan pada model ini ialah Traction Control, Ride by Wire dengan tiga mod tunggangan, Quick Shifter, Cruise Control, ABS, Assist & Slipper Clutch dan pemanas pendikit. Sistem Quick Shifter (QS) membuatkan proses menambah gear dapat dilakukan dengan sangat lancar, tanpa perlu menggunakan tuas klac.

Yamaha Tracer 900GT masih ditawarkan pada harga sama iaitu RM58,888 (tidak termasuk cukai jalan, nombor pendaftaran dan insurans). Kunjungi pusat pengedar HLYM yang sah untuk melihat dengan lebih dekat. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.