RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 16 Ogos 2020

Benelli Leoncino 500 2020 Hadir Dengan Warna Baru

Sebut sahaja Benelli Leoncino, pasti ramai yang mengenalinya. Ia adalah sebuah jentera menarik yang menggabungkan konsep klasik retro dan teknologi serba baru. Kebijaksanaan dalam penciptaan serta pembangunan model ini menjadikan Leoncino sebuah jentera yang serba boleh, dipercayai dan diminati ramai.

Benelli Leoncino 500 mantap ini telah direka di Centirostile Benelli di Itali berinspirasikan model asal yang dikeluarkan lebih daripada satu abad yang lalu. Lihat sahaja ikon Singa Pesaro pada bahagian fender hadapannya itu, memang unik dan cukup anggun. Dari segi prestasi keseluruhannya, enjin 499.6cc ini menghasilkan kuasa setinggi 35kW pada 8,500rpm dan kuasa tork setinggi 45Nm pada 5,000rpm.

Model yang terus menambat hati para pencinta motosikal ini disempurnakan dengan lampu-lampu jenis LED, fork hadapan jenis USD, sistem brek cakera beserta ABS, panel meter digital, posisi menunggang yang cukup selesa dan jimat petrol.

Menurut Pengurus Besar Operasi MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. En. Asri Ahmad, model ini sudah berada di semua pengedar sah Benelli di seluruh negara. Jangan lepaskan peluang! Benelli Leoncino 500 dilengkapi dengan produk jaminan selama 2 tahun atau 20,000km perjalanan, yang mana terdahulu.

Motosikal Leoncino ditawarkan dengan tiga warna terbaru iaitu Matt Red, Matt Green dan Matt Grey dengan harga pasaran RM29,288. RR

Isu Pada

Ogos 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.