RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Februari 2019

Suasana Gempak di Chear Motor Biker Nite

Demi memberi penghargaan buat para pelanggannya yang setia, Chear Motor telah menganjurkan Chear Motor Biker Nite pada 22 Disember lalu bertempat di bangunan Royal Enfield yang terletak di Taman Perindustian Tiong Nam. Ternyata penganjuran ini telah berjaya mengumpulkan lebih daripada 300 orang pencinta motosikal dari pelbagai segmen dan citarasa.


Acara pada petang tersebut dimulakan dengan sesi tunggang uji jentera-jentera jualan utama di Chear Motor. Antaranya dari jenama CMC seperti CMC Italjet 125, CMC Italjet Buccaneer 250i, CMC Tekken 250 dan CMC XY400. Turut mendapat tarikan utama tentulah model-model tahan lasak jenama Royal Enfield (R.E) seperti Classic 350, Classic 500, Rumbler 500 dan Himalayan 400. Beberapa model BMW juga telah disediakan buat para pengunjung untuk merasai prestasi dan kemantapannya.


“Memang best menunggang Royal Enfield 500 Classic ini walaupun berdua. Kendaliannya mantap, posisi menunggangnya selesa dan cukup sesuai untuk suatu pengembaraan jauh sekali pun,” kata En. Mohd Fitri dari Port Klang.

Menurut seorang lagi tetamu, En. Halim cukup menggemari tahap kestabilan dan keselesaan yang dimiliki oleh jenterajentera R.E. En. Halim turut bersetuju bahawa model Classic dicipta bukanlah untuk kepantasan tetapi lebih kepada tunggangan santai dan gaya.


“Saya sempat menunggang motosikal CMC XY400 dan mendapati jentera ini sangat laju dan mudah untuk dikendalikan tanpa mengira umur. Dari segi cornering, CMC ini memang tidak mengecewakan – cukup stabil,” kata En. Remy Ng dari Damansara.

Acara sebenar bermula kira-kira pada jam 8.00 malam dengan ucapan ringkas daripada Pengurus Besar R.E Malaysia, En. M. Syahrul disusuli dengan jamuan makan malam yang cukup lazat berupa nasi minyak, ayam masak merah, bihun goreng, mee kari, daging kicap dan paling 'mantap' tentulah kambing bakar! Ruang legar dan khemah yang besar membolehkan para tetamu menikmati makan malam dengan selesa. Ini juga masa terbaik untuk rakanrakan motosikal termasuk ahli kelab Chear Motor bertemu dengan rakan taulan baru dan lama.


Para tetamu juga mengambil peluang untuk melihat dengan lebih dekat jenterajentera R.E dan CMC yang dipamerkan dengan cukup kemas dan anggun. Ruang pameran CMC dua tingkat paling unik – hasil daripada dua buah kontena yang telah diubahsuai.

Kemeriahan pada malam itu ditambah dengan sesi cabutan bertuah dan pelbagai jenis permainan yang diaturkan oleh pihak Chear Motor seperti Siapa Minum Paling Cepat dan Cakap Laju (Buaya, buaian, biawak). Memang kelakar permainan ini tambahan pula Abang Sani selaku pengacara majlis sungguh pandai berjenaka. Hadiah yang disediakan untuk para tetamu juga semuanya hebathebat belaka. Tanpa diduga, pihak Chear Motor juga turut meraikan hari kelahiran Abang Sani dan saudara Ah Sing dari Chear Motor dengan kek istimewa yang ditempah khas.


Kemuncak acara pada malam tersebut adalah dengan pemberian cenderahati khas buat tiga orang pelanggan setia yang turut aktif dalam sebarang konvoi dan acara anjuran Chear Motor. Mereka ialah En. Rahmat dari Ampang, En. Yasin dari Puchong dan En. Yussof dari Kelana Jaya . RR

Isu Pada

Februari 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.