RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 November 2018

Yamaha Lancar Buku Panduan Kesedaran Persediaan Penunggang

Sebagai tambahan lain kepada kempen ke-selamatan jalan raya, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah melancarkan program Kesedaran Persediaan Penunggangan (KPP) pada hujung September lalu.

Program ini telah mendapat sokongan daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) serta Persatuan Pengedar Motosikal dan Skuter Malaysia (MMSDA). Ia bertujuan untuk meningkatkan kesedaran kepada penunggang motosikal terhadap kepentingan aspek keselamatan di atas jalan raya.

Dari kiri: Dato’ Jim Khor, Datuk Mohammad Dahlan, En. Wee Hong dan En. Azharul di majlis pelancaran buku Kesedaran Persediaan Penunggang.
Dari kiri: Dato’ Jim Khor, Datuk Mohammad Dahlan, En. Wee Hong dan En. Azharul di majlis pelancaran buku Kesedaran Persediaan Penunggang.

“Kami dapati ramai pemilik motosikal yang masih kurang sedar dengan keperluan keselamatan apabila berada di atas jalan raya. Menerusi program murni ini, kami harap dapat mendidik mereka dengan informasi yang betul supaya menjadi contoh yang baik kepada penunggang yang lain,” kata Pengarah Urusan HLYM, Dato' Jim Khor.

Melalui program ini, HLYM akan bekerjasama dengan semua pengedar sah Yamaha. Setiap pembeli motosikal Yamaha yang baru akan menerima satu buku panduan serta taklimat pendek semasa serahan motosikal yang memaparkan tentang peralatan keselamatan ketika menunggang, pemeriksaan sebelum menunggang, diagnosis awal motosikal, undang-undang jalan raya keselamatan yang berkaitan dan tips menunggang ketika hujan.

Buku panduan KPP ini juga turut boleh didapati di laman web rasmi HLYM yang beralamat www.yamaha-motor.com.my/tools-and-tips/ ataupun di aplikasi Yamaha Motor Malaysia. RR

Isu Pada

November 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.