RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 November 2018

KYB Family Day 2018

Sambutan hari keluarga KYB buat kali kedua diadakan pada September yang lalu telah mengumpulkan 2400 orang peserta yang terdiri daripada para pekerja KYB-UMW Malaysia Sdn Bhd dan ahli keluarga mereka. Tujuan penganjuran hari keluarga ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama ahli.

Para peserta mula berkumpul di hadapan Syarikat KYB Malaysia tepat pada jam 6.00 pagi untuk mendaftarkan diri sebelum memulakan acara pertama larian Fun Run. Setelah selesai acara ini sesi penyampaian hadiah mula disampaikan untuk para pemenang bagi setiap kategori.

Pelbagai aktiviti menarik yang dianjurkan seperti pertandingan mewarna, acara sukaneka (bola ping pong dalam sudu, berita karat, pancing botol, lawan makan tembikai, masuk manik dalam benang, angkat kaki, lari dalam guni dan pecah belon), food truck dan gerai permainan. Terdapat beberapa khemah yang didirikan memaparkan penjualan baju-T, pameran motosikal, photo booth, minyak pelincir, barangan Kayaba, alatan permainan, makanan, minuman dan macam-macam lagi.

Cuaca yang mula panas memaksa sebahagian peserta berkumpul di khemah utama. Mereka telah diceriakan dengan persembahan silap mata oleh saudara Hafidz Osman dan krunya. Pelbagai jenis silap mata yang dilakukan untuk menghiburkan hati para peserta yang hadir. Mereka semua mula terpegun semasa melihat aksi-aksi tersebut. Kemuncak majlis telah dihiburkan dengan tetamu jemputan istimewa iaitu Datuk Nash. Beliau telah menambat hati para penonton dengan nyanyian lagu-lagu terkenalnya.

Kehadiran Datuk Nash memeriahkan lagi suasana majlis.
Kehadiran Datuk Nash memeriahkan lagi suasana majlis.
Pelbagai jenis makanan yang ada.
Pelbagai jenis makanan yang ada.
Pemenang cabutan hadiah utama Pn. Nor Azlina.
Pemenang cabutan hadiah utama Pn. Nor Azlina.

Keputusan pertandingan acara sukan dan mewarna diumumkan di akhir majlis. Johan bagi kategori sukan dan hiasan rumah sukan tercantik dimenangi oleh kumpulan oren. Pada masa yang sama pihak KYB turut menyampaikan anugerah khidmat setia KYB-UMW 2018 kepada para pekerjanya yang sudah berkhidmat bersama KYB Malaysia selama 10, 20 dan 30 tahun.

Cabutan bertuah menyajikan pelbagai hadiah yang menarik oleh pihak KYB. Tahniah kepada Pn. Nur Azlina bt Azmi yang berjaya membawa pulang hadiah cabutan utama iaitu sebuah motosikal Modenas Kriss MR2. RR

Isu Pada

November 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.