RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 15 Disember 2018

Perhimpunan SRS Kali Ke-3 di Lenggong, Perak

Gathering SRS @ Scrambler Retro Semalaya atau lebih dikenali antara rakan biker dunia retro sebagai Mat Scram telah berjaya mengadakan perhimpunan buat kali ketiganya.

Tuan rumah bagi gathering Mat Scram kali ini ialah Sindiket Utara dan lokasi pilihan mereka ialah di Lenggong, Perak. Berbanding penggunaan kumpulan atau group yang selalunya digunakan oleh para penunggang motosikal, penganjur kali ini menggunakan istilah ‘sindiket.’ Untuk melancarkan program tersebut ialah sembilan orang Urus Setia dan dua orang wakil dari daerah Lenggong ialah Saudara Nakhaie Abd Raof bersama saudara Zakiruddin Ghazali sebagai Ketua program untuk SRS Gathering kali ketiga ini.

Terdapat 4 Sindiket Mat Scram bagi himpunan pada kali ini iaitu Utara, Selatan, Kuala Kumpur/Selangor dan Pantai Timur dengan jumlah peserta untuk tahun ini lebih daripada 200 orang peserta yang hadir bersama 170 buah motosikal scrambler dan tiga buah kereta.

5 Oktober 2018: Sindiket Pantai Timur, Selatan, Kuala Lumpur dan Selangor lebih awal menuju ke Lenggong Perak. Ada yang menggunakan jalan dari Gua Musang – Cameron Highlands sebelum tiba di Lenggong. Jalan berbukit dan mencabar dari Jeli – Gerik – Lenggong menjadi pilihan rakan-rakan bikers yang datang dari arah Pantai Timur negara. Ada di antara sendikit dari Pantai Timur berkhemah di Pusat Rekerasi Lata Kekabu, Riverine Nature Camp dan homestay di sekitar Lenggong.

6 Oktober 2018: Jam menunjukkan lebih kurang 9.00 pagi. Mereka berkumpul untuk memulakan eksplorasi sejarah ke tapak Ladang Teh, Lenggong diiringi oleh tiga buah jentera 4x4 dengan mengikuti trail bersejarah. Selesai lawatan kira-kira jam 10.30 pagi, peserta dibawa pula untuk menikmati sarapan pagi di Pitstop Route A76 yang disediakan oleh saudara Yeop. Kemudian menuju ke Lata Air Iboi untuk mandi air terjun dari atas bukit. Memang airnya sangat menyegarkan dan menghilangkan keletihan!

Jam 2.00 petang semua peserta menuju ke Tasek Raban Resort untuk mendaftarkan diri masing masing. Jamuan makan tengah hari disediakan oleh pihak penganjur. Pada jam 5.00 petang, acara sukaneka dimulakan dan para peserta telah dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Paling menarik ialah acara berlari pakai tempurung kelapa, larian dalam guni dan juga acara makan epal. Suasana riuh rendah dengan sorakan dan sokongan para peserta. Gamat dibuatnya!

Selesai solat maghrib para peserta menuju ke Dataran Lenggong untuk acara penyampaian hadiah, cabutan bertuah dan program selingan bersama Majlis Daerah Lenggong. Presiden kumpulan Sindiket BMR @ Bob Motor Racing, Ku Nurul Azuad Bin Ku Ahmad dinobatkan sebagai pemenang utama Helmet Bell Moto4 – hadiah yang amat dinanti-nantikan oleh semua Mat Scram pada malam itu. Beliau bertugas sebagai anggota bomba dalam unit pasukan khas HAZMAT Balai Bomba KLCC, Kuala Lumpur.

7 Oktober 2018: Para peserta bersiap sedia untuk berkunjung ke Galeri Arkeologi Lenggong dan di sana, mereka telah diberikan taklimat mengenai sejarah 'Perak Man' dan sejarah daerah Lenggong. Lawatan seterusnya ialah ke pusat memproses ikan pekasam yang dimiliki oleh Puan Kiah. Para peserta tidak melepaskan peluang untuk menikmati masakan ala kampung di Restoran Teringat Lenggong. Makanan dihidangkan di atas talam yang memang mengingatkan kita dengan cara hidup masyarakat dahulu kala.

Mereka juga mengambil peluang untuk bergambar di tugu Lenggong @ Kayu Telengong yang dikatakan bagaimana nama Lenggong ini tercipta. Terdapat beberapa versi mengenai asal usul tempat ini. Ada yang dikaitkan dengan lokasi tempat ini dengan bentuk Banjaran Titiwangsa yang melengkung dan ada juga kisah mengenai seorang penduduk Orang Asli yang menebang sebatang pokok besar untuk dijadikan perahu. Sayangnya pokok yang ditebang itu menimpa sebuah pokok lebih kecil dan terlanggung atau tersandar di atas pokok kecil tadi. Maka orang kampung yang terlihat akan kejadian itu terus menamakan Langgong. Lama-kelamaan bertukar menjadi Lenggong.

Antara keunikan sepanjang program adalah berpeluang melihat pelbagai jenis motosikal yang RARE seperti Scrambler dari jenama Suzuki, Yamaha, Honda dan Kawasaki dengan enjin dua dan empat lejang. Perhimpunan yang ketiga ini juga telah menarik minat para pencinta jentera retro dari negara jiran, Thailand dengan empat orang peserta. Melihat kepada respon yang cukup menggalakan, acara ini akan diteruskan pada tahun hadapan dan dijangkakan di dalam daerah negeri Johor. RR

- Nz York

Isu Pada

Disember 2018

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.