RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 September 2017

Moto Guzzi Flagship Centre Kini Dibuka

Moto Guzzi Malaysia akhirnya telah melancarkan kedai konsep mereka atau Moto Guzzi Flagship Centre pada pertengahan Ogos lalu dengan perlantikan Stronghold Cycles dan Goh Brothers Motorcycle untuk menguruskan bilik pameran dan servis lepas jualan. Bertempat di Gasket Alley, Petaling Jaya, pusat servis 3S ini berkeluasan 30,000 kaki persegi yang turut dilengkapi dengan restoran, kedai motosikal binaan khas serta kedai pakaian dan aksesori motosikal yang menarik.


“Kami percaya dengan perasmian pusat 3S di Gasket Alley merupakan platform terbaik yang menawarkan satu pengalaman baru buat para pelanggan kami jauh berbeza dengan kebanyakan bilik pameran motosikal sedia ada. Ini juga adalah integrasi identiti korporat yang dilaksanakan dengan tepat untuk mempamerkan rasa dan perasaan sebuah garaj Moto Guzzi sebenar,” kata Pengarah Urusan Asia Pacific 2 Wheeler, Piaggio Asia Pacific, En. Simone Niccolai.


Bilik pameran Moto Guzzi dihasil bercirikan Garage Feel yang memberi peluang kepada para pelanggan untuk menzahirkan kreativiti masing-masing sambil menghiasi dan mencantikkan jentera mereka dengan menggunakan pelbagai aksesori yang terdapat di situ.


Di tempat pusat jualan pula, terdapat empat ruang yang dibahagikan untuk meletakkan alat servis istimewa, sistem diagnostik berkomputer dan bilik alat ganti. Para juruteknik di sini juga terdiri daripada mereka yang telah dilatih oleh Piaggio yang pastinya mampu menangani keperluan dan permintaan para pelanggan. Proses mengecat juga boleh dilakukan di sini.


Bersempena dengan perasmian tersebut, Didi Resources (Moto Guzzi Malaysia) mengambil peluang untuk meraikan ulang tahun ke-50 mereka dengan memperkenalkan model V7 III Anniversario Edisi Terhad yang hanya terdapat 1,000 unit sahaja di seluruh dunia. Model istimewa ini dijual pada harga bermula daripada RM81,999. RR

Isu Pada

September 2017

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700