RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Julai 2019

Yamaha Y15ZR Ultraman!

Menerusi kerjasama di antara Welly Assorted Sdn Bhd dan Taigaco Sdn Bhd selaku pemegang lesen watak Ultraman di Malaysia, sebanyak 100 buah unit Yamaha Y15ZR dengan rekacorak berkonsepkan watak adiwira Ultraman telah diperkenalkan pada pertengahan Jun lalu. Hadir melancarkan Y15ZR istimewa ini ialah Pengurus Welly Assorted Sdn Bhd, En. Eddie Tan dan CEO Taigaco Sdn Bhd, En. Ivan Chong.

Dari kiri: En. Eddie dan En. Ivan bersama 'Ultraman' dan jenteranya!
Dari kiri: En. Eddie dan En. Ivan bersama 'Ultraman' dan jenteranya!

“Ultraman merupakan watak adiwira yang sememangnya tidak asing lagi di Malaysia. Hampir semua penonton televisyen mengenalinya. Pada masa yang sama juga jentera Yamaha Y15ZR adalah antara model moped yang digemari ramai dan inisiatif dari Welly Motor Assorted Sdn Bhd ini sememangnya cukup menarik,” kata En. Ivan.

Model serba unik ini telah dikemaskan dengan rekacorak menarik Ultraman menggunakan kaedah semburan airbrush yang berkualiti tinggi. Turut menanti para pemilik jentera ini ialah sijil keaslian rekacorak, emblem edisi terhad Ultraman, pelindung radiator, poskad edisi terhad Ultraman, gambar pembikinan filem Ultraman, tuas brek dan klac jenis sport.

Di majlis tersebut En. Eddie turut menyatakan beberapa rekaan baru turut akan diperkenalkan kelak bagi memberi lebih banyak pilihan buat para pencinta motosikal dan watak-watak adiwira. Yamaha Y15ZR ‘Ultraman’ ini ditawarkan pada harga RM12,688. RR

Isu Pada

Julai 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.