RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 19 Ogos 2020

Yamaha Y15ZR GP Edisi Terhad

Untuk meraikan pasukan Yamaha Factory MotoGP 2020, Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) dengan bangganya telah memperkenalkan sebuah model yang cukup popular pada masa kini iaitu Yamaha Y15ZR edisi GP.

Model edisi terhad ini telah diberi sentuhan rekabentuk grafik berasaskan jentera lumba  YZR-M1 dari pasukan Yamaha Monster Energy yang ditunggang oleh dua orang pelumba popular iaitu Valentino Rossi dan Maverick Vinales untuk musim ini.

Selain memiliki rekabentuk yang menarik, Y15ZR turut didatangkan dengan enjin silinder tunggal, 4-lejang, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Model ini menawarkan kuasa hantaran 11.3kW pada 8,500rpm manakala tork pula 13.8Nm pada 7,000rpm yang dipadankan dengan transmisi 5-kelajuan.

Yamaha Y15ZR edisi GP boleh dimiliki pada harga RM8,868 dengan jaminan waranti selama 2 tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu) dan akan berada di semua pengedar sah Yamaha bermula pertengahan bulan Ogos 2020. Menariknya, para pemilik yang membeli jentera ini turut akan dapat barangan berupa sijil pemilikan, set jam tangan eksklusif Y15ZR serta set kunci cakera Yamaha bernilai RM100. RR

Isu Pada

Oktober 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.