RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Julai 2019

RK-M Sambut Ulang Tahun ke-25

RK-M merupakan pengeluar rantai motosikal yang sememangnya sudah tidak asing lagi buat para penunggang motosikal di Malaysia. Produk keluaran RK-M terbukti memiliki daya tahan yang tinggi dan turut meraih kepercayaan banyak pasukan yang bersaing di dalam perlumbaan seperti PETRONAS Malaysia Cub Prix, Asian Road Racing, WSBK dan MotoGP.

“Kini RK-M telah memperolehi 60% daripada pasaran pengeluaran rantai dan gegancu motosikal di Malaysia. Produk RK-M juga dieksport lebih daripada 30 buah negara di seluruh dunia termasuk Brazil dan Belanda. Semestinya kami menyasarkan untuk memiliki 70-75% nilai pasaran di Malaysia dan kami amat berterima kasih kepada semua yang terus menyokong RK-M. Berharap agar dapat terus meraikan ulang tahun seperti ini untuk kali ke-30 pula,” kata Andy Lee, Pengurus Pemasaran RK-M.


Majlis yang penuh bersejarah ini dihadiri kira-kira 1600 orang tetamu yang terdiri daripada rakan niaga dan para pengedar RK-M dari seluruh negara. RK-M turut menyediakan hadiah nombor bertuah kepada 300 orang tetamu yang barangnya terdiri daripada pelbagai produk elektrik menarik. Majlis makan malam tersebut bukan sahaja memberi penghargaan buat para pengedar tetapi juga merupakan masa terbaik untuk rakan-rakan baru dan lama bertemu.

Acara pada malam itu dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah Urusan Kilang Rantai Sdn Bhd, En. Lee Thian Chai dengan penuh semangat. “RK-M mula beroperasi pada tahun 1992 dalam skala yang kecil. Dengan sokongan para pengedar kami, RK-M ini merupakan pilihan pertama untuk rantai, gegancu dan rim. Kami juga amat berbangga apabila pengeluar utama motosikal di Malaysia seperti Honda, Yamaha, Suzuki, Kawasaki dan Modenas turut menggunakan produk RK-M pada jentera pengeluaran mereka. RK-M menjanjikan kualiti bertaraf dunia yang ditawarkan pada harga yang sangat mampu milik,” kata En. Lee.


Juadah yang disediakan cukup istimewa dan suasana dewan Utama, Genting First World Hotel semakin meriah apabila kumpulan kugiran mula membuat persembahan. Lantunan suara dan susunan muzik yang mantap mendapat sorakan gemuruh. Gelak tawa rakan-rakan niaga yang sama-sama menaikkan jenama RK-M ini sungguh menghiburkan.


Majlis ulang tahun disudahi dengan acara cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik seperti wang tunai RM15,000, sebuah motosikal Yamaha Y15ZR dan Honda RS150R yang masing-masing dimenangi oleh En. Su Wen Shen, En. Muthu dan Sdr Chee. Tahniah buat RK-M atas kejayaan yang dicapai selama ini dan didoakan agar terus cemerlang di masa akan datang. RR

Isu Pada

Julai 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.