RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Julai 2019

TAI HIN ONM MOTOR 70 Tahun Penuh Bangga

Bagi penunggang motosikal di Kuala Lumpur, Tai Hin Onm Motor Sdn Bhd sememangnya sungguh popular. Syarikat yang cukup berpengalaman dalam dunia motosikal ini beroperasi di No.50 Jalan Sungai Besi, Kuala Lumpur. Selain menjual pelbagai jenis motosikal, Tai Hin Onm Motor juga merupakan sebuah syarikat pengeluar topi keledar terkenal di Malaysia iaitu Solidgold Helmets Sdn Bhd.


Sekalung tahniah diucapkan buat Tai Hin Onm Motor Sdn Bhd di atas sambutan ulang tahun ke-70 yang diraikan cukup meriah pada 16 Jun yang lalu. Ternyata kejayaan berada di dunia perniagaan lebih daripada separuh abad itu adalah suatu yang amat membanggakan. Majlis ulang tahun tersebut cukup istimewa apabila dihadiri oleh pengasas syarikat tersebut iaitu En. Tan Kim Onm bersama ahli keluarganya yang lain. RR cukup berbesar hati dapat bertemu dengan seorang tokoh perniagaan yang bukan sahaja memiliki kemahiran dalam dunia yang diceburinya tetapi juga seorang yang lemah lembut, berdisiplin tinggi dan sentiasa menjaga kesihatan.

En. Tan Kim Onm berasal dari Slim River, Perak dan kini berusia 86 tahun. Masih segak, masih tegap dan bergaya. Beliau memulakan kariernya di sebuah kedai basikal di Kuala Lumpur dan dengan berbekalkan semangat, disiplin serta kecekalan yang tinggi, beliau berjaya memperbaiki diri dengan cepat. Dari seorang pembantu, En. Tan akhirnya berjaya memiliki kedai basikalnya sendiri.


Pada tahun 1960an, perniagaan En. Tan mula berkembang. Beliau ketika itu menceburi pula pasaran mesin jahit dan kemudiannya perkakas elektrik seperti televisyen, peti ais, penghawa dingin dan lain-lain. Nama Chop Tai Hin semakin dikenali dan semakin maju. Melihat dengan pertumbuhan ekonomi dan kehendak masyarakat pada kenderaan dua roda, En. Tan telah membuat keputusan untuk menjual motosikal, khususnya Vespa. Beliau telah bertemu dengan Pengurus Besar, East Asiatic Company, En. Neilsen dan menempah sebanyak 10 unit Vespa.

Oleh kerana nilai tempahan tersebut amat besar pada waktu itu, En. Nielsen terus melantik Tai Hin sebagai pengedar sah Vespa. Antara jenama lain yang turut ditawarkan di kedai En. Tan pada pertengahan 1960an ialah Norton, BSA, Triumph, Moto Guzzi, Lambretta dan bilangan jenama motosikal bertambah menjelang tahun 1970an hingga 1990an. Chop Tai Hin kemudiannya dinamakan semula dengan Tai Hin Motor Company pada tahun 1977 dan kemudiannya Tai Hin Onm Motor Sdn Bhd hingga ke hari ini.


Tahun 1980an menunjukkan peralihan terbaru yang dicapai oleh Tai Hin Motor Sdn Bhd menerusi pengenalan Solidgold Helmets Sdn Bhd. Syarikat ini mengeluarkan berbagai variasi topi keledar untuk orang dewasa dan kanakkanak dengan kelulusan SIRIM dari model harga patut hingga ke tahap tertinggi menerusi jenama SGV, LTD, Index dan Apollo. Pada tahun 1990an, Solidgold menjadi pengeluar kontrak asli untuk jenama antarabangsa seperti AGV, Lazer, MDS dan topi keledar Harley-Davidson untuk pasaran Eropah dan USA.

Kejayaan Tai Hin Motor Sdn Bhd dalam dunia perniagaan telah membawanya ke beberapa buah negara. En. Tan juga berkesempatan bertemu dan bertukar pandangan dengan tokoh-tokoh perniagaan dan ahli politik dari dalam dan luar negara. Kejayaan itu tidak mustahil tetapi harus dilakukan dengan penuh semangat.

Antara prinsip utama yang menjadi pegangan En. Tan Kim Onm ialah bekerja keras, berjimat cermat, merendah diri, membuat perancangan dengan teliti, jujur dalam setiap urusan, jangan sakiti orang lain, pandai memilih kawan, berkhidmat dan memberi sumbangan kepada masyarakat. RR

Isu Pada

Julai 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.