RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 27 Ogos 2020

Honda Vario 150 Tampil Dengan Rekabentuk Grafik Baharu

Boon Siew Honda (BSH) telah memperkenalkan model Automatik iaitu Honda Vario 150 dengan warna dan rekacorak baru. Sejak dilancarkan pada tahun 2018, model ini berjaya menawan hati ramai pengguna dua roda di Malaysia dengan gabungan rekabentuk sporty, prestasi mengagumkan dan ciri-ciri menarik.

Honda Vario didatangkan dengan enjin 149.30cc, silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk cecair menawarkan kuasa maksimum 9.67kW (13.1 PS) pada 8,500rpm manakala tork 13.4Nm pada 5,000rpm. Enjin pada model ini juga disempurnakan dengan teknologi Enhanced Smart Power (eSP) dan Idling Stop System ISS.

Model ini hadir dengan ciri-ciri canggih seperti lampu-lampu LED, paparan meter digital, sistem kunci pintar Honda, ruang simpan di bawah pelana seluas 18 liter dan macam-macam lagi. Honda Vario turut dilengkapi dengan sistem Combi Brake yang menjadikan sistem brek di bahagian depan dan belakang bekerja dengan lebih baik.

Terdapat tiga warna pilihan iaitu Force Silver Metallic, Pearl Magellanic Black dan Sword Silver Metallic pada harga RM7,499. Manakala untuk model Edisi Repsol boleh dimiliki pada harga RM7,699. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi bilik pameran Honda BigWing berdekatan dengan anda atau hubungi di talian 1-800-88-3993 ataupun layari laman web sesawang http://www.boonsiewhonda.com.my.RR

Isu Pada

Oktober 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.