RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Mei 2016

Kempen Keselamatan Jalan Raya Shell #ShellSelamatSampai

Pada tanggal 27 Mac lalu, Shell Malaysia telah melancarkan kempen keselamatan jalan raya atau #ShellSelamatSampai yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pengguna jalan raya khususnya kepentingan memandu dan menunggang dengan selamat. Usaha murni ini turut menerima sokongan penuh daripada Kementerian Pengangkutan dan MIROS (Malaysian Institute of Road Safety Research) yang sentiasa mempunyai rancangan terbaik untuk mengurangkan kadar kemalangan yang semakin membimbangkan.

Dari kiri: Dato’ Hj Mohd Misri, Tan Sri Lee Lam Thye, Datuk Seri Haji Saripuddin dan Datuk Azman Ismail melepaskan konvoi #ShellSelamatSampai.
Dari kiri: Dato’ Hj Mohd Misri, Tan Sri Lee Lam Thye, Datuk Seri Haji Saripuddin dan Datuk Azman Ismail melepaskan konvoi #ShellSelamatSampai.

Turut hadir menyempurnakan majlis pelancaran kempen ini ialah Datuk Seri Haji Saripuddin, Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan (wakil YB Menteri Pengangkutan Malaysia), Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading, Datuk Azman Ismail, Pengerusi Miros, Tan Sri Lee Lam Thye dan Dato' Hj Mohd Misri, Pegawai Daerah Petaling Jaya.

“Sudah hampir enam dekad, Shell telah menunjukkan komitmen dalam mempromosikan kempen keselamatan dan pendidikan di jalan raya. Ini boleh dilihat menerusi program ikonik iaitu Shell Traffic Games dan yang terkini #ShellSelamatSampai. Saya amat sukacita Shell terus mengekalkan kerjasama bersama pihak MIROS untuk terus mempertingkatkan kadar keselamatan jalan raya di Malaysia,” kata Tan Sri Lee Lam Thye.

Sasaran utama dalam menjayakan kempen ini ialah kepada para remaja dan pengguna motosikal yang merupakan penyumbang utama kemalangan maut di jalan raya Malaysia. Untuk memastikan ianya berjalan dengan lancar dan berterusan, Shell Malaysia akan bekerjasama dengan pihak sekolah, universiti dan masyarakat setempat.

Pendekatan mengenai program ini bakal diberikan antaranya menerusi latihan praktikal tentang keselamatan jalan raya sebagai kurikulum tambahan di sekolah, penyampaian modul pembelajaran yang lebih komprehensif dan menyeronokkan, kerjasama antara Shell dan para penduduk tempatan untuk anjurkan karnival yang berkaitan dengan kempen ini dan banyak lagi.

Usaha murni Shell ini turut mendapat sokongan daripada Kementerian Pendidikan, Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR). RR

Isu Pada

Mei 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.