RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Warta Roda / 10 Mei 2016

Kedai Impian Honda Terbaru Di Jitra, Kedah

Untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik buat para penunggang motosikalnya, Boon Siew Honda kini melebarkan sayapnya dengan memperkenalkan sebuah lagi Kedai Impian Honda yang beroperasi di Jitra, Kedah. Majlis perasmian kedai ini telah disempurnakan oleh CEO Boon Siew Honda, En. Koji Onishi ditemani oleh Timbalan CEO, Dato' Sri Tan Hui Jing, Pengurus Besar, Koichi Tonouchi dan Pengurus Kanan Bahagian Khidmat Pelanggan, En. Shinichi Shimada.

Di majlis penuh bersejarah itu, En. Onishi menegaskan bahawa kerjasama di antara pengedar dengan kilang amat penting bagi mencapai keputusan yang cemerlang. Beliau turut berkongsi bahawa keutamaan bagi pihak kilang adalah untuk mengeluarkan produk yang baik dan berkualiti manakala bagi tugas dan tanggungjawab pengedar adalah untuk memberi layanan yang terbaik kepada pelanggan. Dengan kerjasama yang seumpama itu pastinya mampu menjamin kejayaan Honda dalam pasaran Malaysia.

Kedai Chin Hin cawangan (Jitra) dipilih berdasarkan beberapa kriteria penting seperti kemampuannya memberikan perkhidmatan 4S, kesanggupan syarikat ini untuk membesarkan perniagaan termasuk penjualan jentera CBU, tahap kesetiaan dan sokongan pada pihak Honda dan banyak lagi. Sehingga kini, terdapat 27 buah Kedai Impian Honda sudah beroperasi sepenuhnya di seluruh negara dan Boon Siew Honda menyasarkan untuk menambah tiga lagi kedai seumpama ini di penghujung tahun 2016.

Antara aktiviti yang disediakan khas kepada pembeli motosikal Honda pada hari tersebut termasuklah sesi Cabutan Bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan dan pembelian minyak enjin dengan harga lebih rendah. Selain itu, khidmat servis percuma turut diberikan kepada mana-mana penunggang motosikal Honda yang hadir di majlis perasmian pada hari itu. RR

Isu Pada

Mei 2016

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.