Mforce Bike Holdings Sdn Bhd telah menganjurkan Benelli Dynamite Track Day pada 17 Mac lalu untuk memberi peluang kepada wakil media merasa dan menikmati prestasi yang ditawarkan pada model-model Benelli antaranya TnT 135 LE, Leoncino 500 dan RFS150i di Speedway PLUS Karting Circuit USJ (Litar Elite).