
Pameran motosikal merupakan platform paling penting buat para pengeluar motosikal dan aksesori motosikal untuk memperkenalkan produk masing-masing ke pasaran dunia. Bagi pencinta motosikal pula, 'temu janji' dengan pameran sebegini tidak boleh dilepaskan kerana di sinilah kita dapat melihat sesebuah motosikal buat pertama kalinya dan pada masa yang sama, mendapat segala informasi yang tepat dengan lebih awal.

Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) dengan bermurah hati menawarkan bantuan kepada semua pemilik motosikal BSH yang terjejas akibat banjir yang melanda Pulau Pinang awal November lalu dengan melalui Program Bantuan Banjir. BSH menawarkan potongan harga sehingga 40% untuk alat ganti tulen dan kos buruh percuma di beberapa buah pengedar yang dipilih.
Kumpulan Honda dari negara-negara ASEAN telah berjaya merentasi perjalanan sejauh 570 kilometer di semenanjung negara bermula pada 26 Oktober dan berakhir di Malaysian Motorcycle Grand Prix (MotoGP) Sepang pada 29 Oktober 2017. Ini adalah tahun kedua konvoi diadakan dan kali ini disertai seramai 50 orang wartawan, pemilik dan pengedar motosikal Honda yang terpilih dari lima buah negara iaitu Indonesia, Vietnam, Filipina, India dan Malaysia.
Distinguished Gentleman’s Ride atau lebih dikenali sebagai DGR merupakan satu acara amal bagi mengumpul dana untuk membantu pesakit kanser prostat dan kesihatan mental lelaki. Program bertaraf antarabangsa ini bermula pada tahun 2012 di Australia diikuti 64 bandar di seluruh dunia dan kemudian mula berkembang di beberapa negeri di Malaysia seperti di Pulau Pinang, Johor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Sabah dan Sarawak.

Benelli Malaysia telah mengadakan Benelli Stunt Show Tour dengan menggunakan model Benelli TNT135 yang ditunggang oleh dua penunggang aksi motosikal profesional dari Brazil iaitu Daniel Ferreira dan Ligia Martin. Benelli Stunt Show Tour ini telah dijalankan di beberapa kawasan serata negeri seperti di Butterworth, Sungai Petani, Ipoh, Kuala Terengganu, Temerloh, Kuala Lumpur, Shah Alam, Kluang yang bermula dari 21 September hingga 1 Oktober lalu.
Pembuat dan pengeluar motosikal Itali, Benelli telah melancarkan bilik pameran eksklusif iaitu Benelli Best-Shop yang pertama di Malaysia menerusi pengedarnya iaitu Bravo Bike Sdn Bhd yang beroperasi di Persiaran Damai, Damai Court, Temerloh. Bilik pameran ini beroperasi pada hari Isnin hingga Sabtu dari pukul 9.00 pagi hingga 6.00 petang dan dengan keluasannya sebanyak 4,500 kaki persegi, ia berkemampuan untuk menempatkan kesemua model Benelli, pusat servis, aksesori dan alat ganti tulen.
Hard Rock Hotel Penang telah melancarkan peraduan 'Rock 'N Ride' khusus buat para pencinta motosikal yang berpeluang memenangi sebuah jentera Triumph Bonneville Bobber Motorcycle 1200 yang berharga RM74,990. Para pelanggan yang berbelanja lebih daripada RM250 di Hard Rock Cafe Penang akan layak untuk menyertai peraduan ini yang bermula pada bulan September lalu hingga 14 Disember 2017.

Pengeluar motosikal global, Bajaj Auto Limited (BAL) yang berpengkalan di India terus positif menjadikan Malaysia sebagai hab untuk pengeluaran produk-produk syarikat ini bagi pasaran di ASEAN. Bajaj merupakan syarikat pengeluar jentera tiga dan dua roda ketiga terbesar di dunia dengan pengeluaran kira-kira lima juta jentera setiap tahun manakala 45% daripada jumlah pengeluaran tersebut adalah untuk tujuan eksport.