RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Berita Kelab / 17 Ogos 2023

Malaysia International Classic Bikes Festival 2023

Kelab Motosikal Klasik Terengganu dan Kelab Honda Klasik Kuala Terengganu telah bergabung tenaga untuk menganjurkan acara Malaysia International Classic Bikes Festival 2023 (MICBF23) yang telah diadakan di Scout Hotel, Pantai Teluk Ketapang, Terengganu Darul Iman pada 2hb hingga 4hb Jun 2023 yang lalu.

En. Kamaruddin Awang selaku Presiden Kelab Motosikal Klasik Terengganu dan En.

Muhammad Syafiq Suresh, Presiden Kelab Honda Klasik Kuala Terengganu telah memimpin urusetia kedua-dua kelab untuk bekerja dengan bertungkus lumus bagi menyempurnakan acara yang julung kali diadakan di Kuala Terengganu ini.

Acara MICBF23 telah mendapat sambutan yang cukup positif dengan kehadiran lebih daripada 1,000 orang pencinta motosikal klasik khususnya dari dalam dan luar negara. Antara peserta dari Thailand ialah Haji Solihin dan isterinya Hajjah Solehah yang sanggup 'ride' dari Bangkok dengan menunggang Royal Enfield Thunderbird 650. Selain pasangan ini, terdapat juga beberapa peserta lain yang datangnya dari Pattani dan Yala bersama pasangan masing-masing.

Pak Handoko Afif atau Koko, Timbalan Presiden COMOT (Comunitas Motor Tua Medan) dan isterinya, Ibu Isranita Siregar dari Medan turut hadir memberi sokongan. Ketibaan Pak Agus Handiwiyono yang juga dikenali dengan gelaran Agus Anjing ('nickname'nya begitu kerana beliau memiliki beberapa klinik haiwan) di MICBF23 dari Jakarta ternyata menambah kemeriahan.

Pak Agus sememangnya terkenal di kalangan para pencinta motosikal klasik di Indonesia, beliau memilik jentera Ariel dan kerana minatnya yang cukup mendalam pada motosikal tersebut, Pak Agus menamakan anak perempuan mereka 'Ariel' yang kini sudah berusia 25 tahun dan meminati dunia dua roda klasik seperti ayah ibunya. Pak Agus dan Pak Koko sudah beberapa kali menyertai penganjuran acara motosikal klasik di Malaysia.

Tahniah dan ucapan terima kasih juga diucapkan buat 'rider' dari Australia iaitu Mr. Ivan yang hadir ke Kuala Terengganu bersama sebuah motosikal yang lengkap dengan 'sidecar'nya sekali.

Sebagai pencinta dan pemilik kepada motosikal-motosikal klasik, seseorang itu perlu peka dan tahu serba sedikit perihal enjin motosikal klasik yang mereka miliki. Ini disebabkan enjin motosikal klasik yang usianya sudah puluhan tahun ada ketikanya akan 'meragam'. Lebih leceh lagi jika ianya berlaku ketika kita dalam perjalanan menuju ke suatu tempat.

Biasanya pemilik-pemiliknya akan berkonvoi atau bergerak secara berkumpulan agar lebih senang untuk diawasai atau dibaikpulih. Bagi para pemilik yang tidak mahu mengambil risiko, mereka memilih untuk menghantar atau membawa motosikal mereka ke negeri yang di tuju dengan menggunakan perkhidmatan lori.

Selain hadir secara individu, berkumpulan dan berpasangan, terdapat juga peserta yang memeriahkan acara MICBF23 bersama ahli keluarga masing-masing. Bagi keluarga yang sukakan aktiviti 'outdoor', mereka telah berkhemah di tapak perkhemahan Scout Hotel di Pantai Teluk Ketapang.

Sebelum majlis makan malam bersurai, pihak penganjur telah menyerahkan 'Plug MICBF' pada President dari Persatuan Motorsikal Klasik Melaka, Capt. Chua yang dipilih sebagai penganjur untuk acara MICBF kali ke-24 nanti. Lebih menarik, penganjuran kali ke-24 itu nanti bakal diadakan serentak dengan majlis ulang tahun ke-30 penubuhan persatuan mereka yang jatuh pada tahun 2024. Jika segalanya berjalan lancar, MICBF24 dijadualkan akan berlangsung pada 1hb hingga 3hb Jun 2024.

Pehak penganjur mengucapkan jutan terima kaseh pada semua penaja untuk acara ini. Tidak ketinggalan ribuan terima kasih juga pada Givi Malaysia dan Koyoko merupakan penaja utama dalam menjayakan MICBF23 kali ini. RR

- NZ York

Isu Pada

Oktober 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

Kembara Road Rider Crew Taiping 3.0 Sempena Ulang Tahun Kelab ke-4

H.O.G. Malaysia Sertai Tiga Ekspedisi Rentas Benua

RRCT/RRCSP & HRSKC Mulakan 2026 Dengan Konvoi Ke Hilir Perak

RSX-RS Crew Taiping Anjur Ride Penutup 2025

RSX-RS Crew Taiping Semarakkan Konvoi Berjiwa Honda ke Batu Kawan

Kembara RSX-RS Crew Taiping 2025 – Menjelajah Keindahan Pahang

Terengganu Gentleman Riders: Ride & Camp ke Lata Ulu Kasar

KEDAH OFF ROAD TRAIL & CAMPING 2024

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.