RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 21 September 2020

Drama MotoGP Terus Menarik! Giliran Maverick Vinales Pula Jadi Juara

Pelumba pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP, Maverick Vinales berjaya menebus kekecewaan minggu lalu dengan mencapai kemenangan pada pusingan ketujuh yang berlangsung di Litar Antarabangsa Misano pada 20 September 2020. Vinales yang kecewa dengan kegagalannya ke podium minggu lepas kembali ke litar dengan semangat yang lebih membara. Dia buktikan dengan mengungguli sesi kelayakan untuk merebut petak pertama.

Maverick Vinales berpuas hati dengan kejayaannya di Misano.
Maverick Vinales berpuas hati dengan kejayaannya di Misano.
Para pemenang pusingan 7. Dari kiri: Joan Mir, Maverick Vinales dan Pol Espargaro.
Para pemenang pusingan 7. Dari kiri: Joan Mir, Maverick Vinales dan Pol Espargaro.

Walaupun begitu, Vinales dikejutkan dengan kepantasan pecutan jentera milik Jack Miller yang meluru ke depan seperti peluru. Vinales yang mencari kemenangan sulungnya terus memburu dan berjaya memintas. Dalam pergelutan untuk mendapat posisi terbaik di selekoh-selekoh awal, Aleix Espargaro terbabas di selekoh dan hampir 'mengheret' Franco Morbidelli ke luar litar. Pertarungan kelompok hadapan penuh drama! Rossi yang mencari podium di 'lamannya' terbabas dalam lap kedua, diikuti pula oleh Brad Binder tidak lama kemudian.

Vinales mula membuka jarak, meninggalkan Francesco Bagnaia, Miller, Fabio Quartararo dan Pol Espargaro tetapi situasi semakin genting buat pelumba Yamaha itu apabila Bagnaia semakin mendapat rentak. Bagnaia hanya memerlukan beberapa lap sahaja untuk mengejar dan memintas Vinales. Walaupun cuba memberi saingan, jentera Bagnaia memiliki hantaran kuasa yang lebih mantap di beberapa tempat dan Vinales terpaksa akur kerana dia semakin ditinggalkan.

Fabio Quartararo (20) berentap cukup sengit dengan Francesco Bagnaia.
Fabio Quartararo (20) berentap cukup sengit dengan Francesco Bagnaia.

Sedang selesa di hadapan, Bagnaia pun turut ditimpa nasib malang apabila turut terbabas ke luar litar. Vinales yang tiada tekanan daripada mana-mana pelumba mengemaskan tunggangan untuk menerima kibaran bendera penamat di tempat pertama. Kali terakhir dia melakukannya ialah di saingan Malaysian GP 2019 di Litar Antarabangsa Sepang. Kemenangan ini juga merapatkan kedudukannya yang kini hanya satu mata di belakang Andrea Dovizioso.

Joan Mir sekali lagi berjaya ke podium!
Joan Mir sekali lagi berjaya ke podium!
Alex Rins
Alex Rins

Pertarungan di antara Espargro, Mir dan Quartararo masih sengit. Mir yang semakin berani dan selesa bersama Suzukinya berjaya memintas dari dalam untuk menang di tempat kedua diikuti Espargaro dan Quartararo.

“Hebat...amat hebat! Kami bersedia dengan baik pada minggu ini. Pecco (Francesco Bagnaia) sangat pantas, memaksa saya mengerahkan seluruh tenaga jentera untuk mengejar. Saya juga tidak mahu menggunakan keseluruhan tayar sebaliknya 'menyimpan' sedikit untuk 10 lap terakhir. Apabila dia melakukan kesilapan, saya hanya kekal di laluan dan akhirnya berjaya membawa pulang 25 mata penting. Kami berjaya menjumpai talaan yang lebih baik pada pelumbaan hari ini dan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat,” komen Maverick Vinales.

Pol Espargaro cukup bangga dengan kejayaannya di tempat ketiga.
Pol Espargaro cukup bangga dengan kejayaannya di tempat ketiga.
Andrea Dovioso terus menyasarkan kedudukan terbaik di setiap pusingan.
Andrea Dovioso terus menyasarkan kedudukan terbaik di setiap pusingan.
Valentino Rossi terus memburu kemenangan sulungnya untuk musim ini.
Valentino Rossi terus memburu kemenangan sulungnya untuk musim ini.

Tujuh pusingan sudah berlaku dan kita kini ada enam orang pelumba berbeza yang sudah menjadi juara. Memang sukar benar untuk kita teka siapa yang layak bergelar juara musim ini? Lihat sahaja Dovizioso, Quartararo, Vinales dan Mir yang kini hanya dibezakan hanya dengan empat mata di antara satu sama lain. Siapa yang bakal menjadi juara untuk musim 2020 ini? Kita sama-sama nantikan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700