RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 13 November 2020

NTS RW Racing GP, Pasukan Terbaru Hafizh Syahrin!

Tahniah buat pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah yang akan menyertai pasukan NTS RW Racing GP dalam saingan Moto2 untuk musim 2021. Pasukan tersebut menyatakan mereka cukup berbangga dengan persetujuan ini dan Hafizh akan bersaing bersama-sama pelumba Belgium yang berusia 16 tahun, Barry Baltus.

"Kami gembira selepas menandatangani Hafizh. Beliau yang bukan hanya berpengalaman dan berbakat, tetapi juga orang yang sangat baik. Kami semakin kuat dan menjadi lebih baik di setiap minggu, tetapi kami masih perlu segera membangunkan kemampuan jentera. Segala maklum balas dan input daripada penunggang berpengalaman seperti Hafizh sangat penting dalam proses ini nanti,” kata Pengurus Pasukan NTS RW Racing GP, Jarno Janssen.

Hafizh Syahrin turut meluahkan rasa gembiranya dengan tawaran tersebut. “Saya gembira dapat tinggal di saingan Moto2 dan menyertai NTS RW Racing GP. Saya juga tahu berapa banyak usaha yang diperlukan untuk membangunkan jentera baru ini dan percaya ianya dapat dilakukan. NTS dan pasukan mereka berjaya meningkatkan prestasi motosikal dalam masa yang agak singkat, langkah demi langkah. Saya harap, dengan pengalaman dan maklum balas saya, kita dapat membuat langkah besar. Saya tidak berada di tahap terbaik pada musim ini, sebab itulah saya sangat gembira dan bersyukur dengan keyakinan yang dimiliki oleh NTS RW Racing GP,” kata Hafizh Syahrin.

Pasukan NTS RW Racing akan memulakan sesi ujian peribadi untuk musim akan datang pada 26 dan 27 November 2020 nanti. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.