RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 25 November 2020

MotoGP 2020 Melabuhkan Tirai

Selepas 15 pusingan berlalu, saingan MotoGP untuk musim 2020 akhirnya telah menutup tirai pada perlumbaan pusingan akhir yang berlangsung di Litar Portimao, Portugal pada 22 November 2020 dan buat pertama kalinya perlumbaan MotoGP diadakan di litar ini. Saingan akhir ini yang telah dimenangi oleh jagoan tempatan iaitu Miguel Oliveira yang telah mempamerkan kegagahannya sejak di sesi latihan bebas. Pelumba berumur 25 tahun itu turut mencatatkan catatan masa terpantas pada ujian kelayakan untuk merebut petak pertama.

Miguel Oliveira pamerkan tunggangan bertenaga untuk muncul juara pusingan akhir.
Miguel Oliveira pamerkan tunggangan bertenaga untuk muncul juara pusingan akhir.

Bermula di hadapan sekali ternyata telah memberi kelebihan. Ketangkasan Oliveira meratah setiap selekoh dengan sempurna membolehkannya menjarakkan diri sedikit demi sedikit. Dua pelumba di belakangnya, Franco Morbidelli dan Jack Miller saling berbalas serangan. Miller yang tewas pada pusingan sebelum ini pasti tidak akan membiarkan dirinya tewas buat kali kedua. Daripada terus membuat serangan di peringkat awal, Miller mengatur strategi untuk mengekori Morbidelli dari belakang.

Morbidelli '21' cuba menahan kemaraan Miller.
Morbidelli '21' cuba menahan kemaraan Miller.
Permulaan saingan kelas prima yang cukup mendebarkan.
Permulaan saingan kelas prima yang cukup mendebarkan.

Oliviera semakin selesa....berlumba tanpa sebarang tekanan dengan perbezaan jarak dengan pelumba kedua lebih tiga saat di depan. Kemenangan sudah di dalam genggaman, dia cuma perlu tenang untuk menghabiskan saingan tanpa sebarang kecuaian. Dengan catatan masa 41'48.163 saat, Miguel Oliveira akhirnya menerima kibaran bendera penamat sebagai juara buat kali kedua musim ini.

Di belakang, perebutan sengit di antara Miller dan Morbidelli lebih mengujakan. Kedua-duanya sama hebat...sama handal... tetapi kemenangan kali ini berpihak kepada Miller yang berjaya menewaskkan lawannya itu dengan hanya 0.105 saat. Tempat keempat dimenangi oleh Pol Espargaro diikuti oleh pelumba pasukan LCR Honda, Takaaki Nakagami dan Andrea Dovizioso masing di tempat kelima dan keenam. Juara MotoGP 2020, Joan Mir gagal menamatkan saingan selepas jenteranya menghadapi masalah teknikal.

Joan Mir menghadapi masalah teknikal di pertengahan saingan.
Joan Mir menghadapi masalah teknikal di pertengahan saingan.
Maverick Vinales menamatkan musim 2020 di tangga keenam keseluruhan.
Maverick Vinales menamatkan musim 2020 di tangga keenam keseluruhan.
Andrea Dovizioso meninggalkan pasukan Ducati selepas lapan tahun bersama.
Andrea Dovizioso meninggalkan pasukan Ducati selepas lapan tahun bersama.

“Sukar untuk dipercayai kerana ia adalah impian dan mimpi yang kini menjadi kenyataan. Tidak ada kata-kata untuk menggambarkan tanda syukur dengan sokongan daripada semua pihak. Terima kasih buat krew pasukan dan inilah 'hadiah' perpisahan yang terbaik. Kemenangan ini juga lebih istimewa kerana ia dapat dilakukan di hadapan keluarga sendiri. Kemenangan pertama dulu dikecapi tanpa mereka dan saat ini amat mengagumkan,” komen Miguel Oliveira.

Moto2

Walaupun sekadar di tempat kelima, kedudukan itu sudah memadai buat Enea Bastianini untuk merangkul kejuaraan musim ini dengan kutipan sebanyak 205 mata, menewaskan Luca Marini di tangga kedua dengan 196 mata. Apa pun, pusingan akhir di Portugal telah dimenangi oleh Remy Gardner yang menunjukkan kecemerlangannya untuk menewaskan para pencabar lain yang tidak kurang hebatnya seperti Luca Marini, Sam Lowes dan Enea Bastianini.

Enea Bastianini Juara Moto2 2020.
Enea Bastianini Juara Moto2 2020.

Keempat-empat pelumba ini telah berentap dengan sengit untuk memimpin perlumbaan walaupun ada sesekali memberi saingan yang agak berisiko. Itulah perlumbaan sebenar...siapa berani, dia akan ke depan! Marini melakukan kesilapan yang menyebabkan dia kehilangan tempat tetapi akhirnya di tangan Gardner dapat ditebus semula. Gardner terus memberi tekanan sehinggalah berjaya memintas untuk muncul juara dengan catatan masa 39'35.476 saat diikuti Marini dan Lowes.

Para pemenang Moto2 Litar Portimao. Dari kiri: Marini, Gardner dan Lowes.
Para pemenang Moto2 Litar Portimao. Dari kiri: Marini, Gardner dan Lowes.
Perlumbaan terakhir Hafizh Syahrin bersama Aspar Team. Kredit Foto: Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 Pescao.
Perlumbaan terakhir Hafizh Syahrin bersama Aspar Team. Kredit Foto: Official Fan Club Hafizh Syahrin 55 Pescao.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin menamatkan saingan terakhirnya bersama Aspar Team di tempat ke-21 manakala Kasma Daniel tidak dapat menyempurnakan keseluruhan perlumbaan.

Moto3

Raul Fernandez menutup tirai saingan 2020 sebagai juara selepas mendominasi perlumbaan akhir dengan penuh keyakinan. Bermula dengan sempurna adalah kunci kepada kejayaannya kali ini sehinggakan gagal dicabar oleh para pelumba lain hingga ke garisan penamat.

Albert Arenas, Juara Moto3 2020.
Albert Arenas, Juara Moto3 2020.
Para pemenang Moto3 pusingan akhir. Dari kiri: Foggia, Fernandez dan Alcoba.
Para pemenang Moto3 pusingan akhir. Dari kiri: Foggia, Fernandez dan Alcoba.

Di sebalik kejayaan itu, pertarungan takhta keseluruhan berlangsung dengan cukup sengit. Walaupun tamat di tempat ke-12, Albert Arenas telah memiliki cukup mata untuk dinobatkan sebagai juara Moto3 2020. Ketinggalan hanya empat mata di belakang Arenas ialah pelumba Honda, Tony Arbolino diikuti oleh Ai Ogura yang kedua-duanya berkongsi 170 mata. Pemenang litar Portugal, Raul Fernandes di tangga keempat keseluruhan dengan 159 mata.

Terima kasih buat semua! Tahun 2020 merupakan musim yang penuh mencabar buat para pencinta motosikal di seluruh dunia. Penularan virus ini ternyata bukanlah perkara yang boleh dipandang remeh. Ia benar-benar serius dan perlu diperangi segera. Semoga MotoGP 2021 akan lebih ceria dan meriah. Sama-sama kita doakan! RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.