RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 3 November 2020

Scott Redding Sekat Rea Dari Jadi Juara

Nampaknya gelaran juara FIM Superbike World Championship 2020 masih lagi terbuka dan hanya dapat dinobatkan pada perlumbaan akhir. Hasrat pelumba pasukan Kawasaki Racing Team, Jonathan Rea untuk muncul juara keseluruhan buat kali keenam berturut-turut terbantut apabila Scott Redding telah meraih kemenangan di litar Magny-Cours walaupun bermula di petak keempat.

Rea yang telah pun menang dalam Perlumbaan 1 ternyata memiliki semangat dan keyakinan cukup tinggi untuk memberikan persembahan terbaik. Kedudukannya di posisi pole adalah satu kelebihan. Apabila perlumbaan dimulakan, Rea berjaya mendahului seterusnya memimpin persaingan. Pada lap keenam, Redding memulakan serangannya dengan memberi tekanan demi tekanan. Usahanya berhasil apabila dapat memintas Rea pada lap keempat.

Dari kiri: Loris Baz, Scott Redding dan Chaz Davies bersama piala kemenangan masing-masing.
Dari kiri: Loris Baz, Scott Redding dan Chaz Davies bersama piala kemenangan masing-masing.
Loris Baz -76- berjaya menewaskan Davies -7- & Lowes -22- dalam perebutan tempat kedua.
Loris Baz -76- berjaya menewaskan Davies -7- & Lowes -22- dalam perebutan tempat kedua.

Segala usaha Rea untuk kembali ke hadapan tidak kesampaian manakala Redding akan terus menguasai perlumbaan untuk membawa pulang 25 mata berharga. Tempat kedua dimenangi oleh wira tuan rumah, Loris Baz (Ten Kate Racing Yamaha) diikuti oleh Chaz Davies di tempat ketiga.

Davies yang berjaya menewaskan Rea di Perancis telah membuka peluangnya untuk meraih juara keseluruhan untuk musim ini. Selepas tamat di tempat keempat, Rea kini mendahului Redding dengan 59 mata manakala jumlah maksima yang perlu direbut ialah 62 mata (dengan tiga lagi pusingan berbaki). Ini bermakna Rea wajib bermati-matian pada perlumbaan terakhir untuk mendapatkan takhta keenamnya.

Jonathan Rea -1- berjaya meninggalkan Lowes -22- dan Redding -45- untuk menjadi juara dalam saingan pertama.
Jonathan Rea -1- berjaya meninggalkan Lowes -22- dan Redding -45- untuk menjadi juara dalam saingan pertama.
Jonathan Rea -tengah- unggul dalam Perlumbaan 1.
Jonathan Rea -tengah- unggul dalam Perlumbaan 1.

Dalam pada itu, pelumba pasukan PATA Yamaha WSBK, Michael van der Mark berjaya menduduki tempat kelima, lebih sembilan saat di depan berbanding Michael Ruben Rinaldi. Rinaldi dan Davies juga bertarung sengit demi 'kerusi' dalam pasukan Ducati musim 2021.

“Saya tidak begitu serasi dengan tayar hujan tetapi dalam saingan akhir ini, saya semakin laju dari masa ke semasa. Talaan motosikal juga sedikit mengganggu. Saya beritahu pasukan bahawa jika masalah talaan ini dapat diatasi, saya mungkin dapat memberi saingan. Dalam lap pertama dan kedua, saya dapati rentak semakin baik dan terus mencuba sedaya upaya untuk ke hadapan. Saya berjaya,” komen Scott Redding.

Andrea Locatelli -55- mencipta rekod sebagai pelumba terbaik dalam sejarah WSSP dengan kemenangan hampir di setiap pusingan.
Andrea Locatelli -55- mencipta rekod sebagai pelumba terbaik dalam sejarah WSSP dengan kemenangan hampir di setiap pusingan.

WorldSSP

Ia amat jarang berlaku, hanya beberapa kali dalam sejarah perlumbaan motosikal. Kali terakhir rekod ini dilakukan ialah menerusi pelumba lagenda, Giacomo Agostini dalam Kejuaraan Dunia pada tahun 1970. Apa yang dilakukan oleh pelumba muda ini seumpama magis dengan kemampuan untuk memenangi hampir semua perlumbaan untuk dinobatkan sebagai juara keseluruhan.

Tahniah diucapkan buat pelumba muda, Andrea Locatelli dari pasukan BARDAHL Evan Bros. WorldSSP Team yang menunggang jentera Yamaha YZF R6 telah memenangi semua pusingan kecuali dua perlumbaan, itu pun atas faktor cuaca dan mekanikal yang menghalangnya. Dia telah mengungguli carta dengan penuh bergaya walaupun persaingan masih berbaki sebanyak dua pusingan lagi. WorldSSP tidak pernah menyaksikan rekod hebat seperti ini.

Para pemenang Perlumbaan 1 WSSP. Dari kiri: Lucas Mahias, Andrea Locatelli & Hannes Soomer. Andrea
Para pemenang Perlumbaan 1 WSSP. Dari kiri: Lucas Mahias, Andrea Locatelli & Hannes Soomer. Andrea

"Ia bagaikan mimpi! Sehinggalah anda sedar ia adalah realiti. Kami bekerja keras tidak kira di mana sahaja dan di setiap masa. Inilah objektif kami. Kemenangan ini sangat luar biasa dan saya tidak mempunyai kata-kata tetapi saya sangat teruja. Terima kasih kepada rakan-rakan kerana mereka telah melakukan segalanya demi pasukan dan inilah hasilnya,” komen Locatelli.

Dalam perlumbaan di Perancis ini, Locatelli berjaya dalam Perlumbaan 1 tetapi gagal mengulangi kecemerlangannya pada saingan kedua. Perlumbaan 2 telah dimenangi oleh Lucas Mahias yang menunggang Kawasaki ZX-6R diikuti oleh Kyle Smith dan Hannes Soomer di tempat ketiga.

Lucas Mahias (tengah) diapit oleh Kyle Smith (kiri) dan Hannes Soomer.
Lucas Mahias (tengah) diapit oleh Kyle Smith (kiri) dan Hannes Soomer.

Lucas Mahias kini unggul di tangga kedua keseluruhan dengan 204 mata diikuti oleh Jules Cluzel (146 mata) dan pelumba Kawasaki, Philipp Oettl di tangga keempat dengan 131 mata.

Permulaan saingan WSSP yang cukup sengit & mendebarkan.
Permulaan saingan WSSP yang cukup sengit & mendebarkan.

World SSP300

Demi gelaran juara dunia WSSP300, dua rakan sepasukan iaitu Jeffrey Buis dan Scott Deroue telah mempertontonkan satu persaingan cukup sengit dan mendebarkan. Dengan kelebihan hanya 28 mata, Jeffrey Buis dan Scott Deroue pastinya ingin mencipta nama sebagai pelumba pertama dari Belanda yang meraih Kejuaraan Dunia di WorldSSP300. Kini, penentuan untuk itu hanya dapat diputuskan pada perlumbaan akhir di litar Estoril sahaja.

M. Garcia -43- mendominasi Perlumbaan 2 WSSP300 dengan tunggangan yang bertenaga.
M. Garcia -43- mendominasi Perlumbaan 2 WSSP300 dengan tunggangan yang bertenaga.

Tahniah diucapkan buat Kawasaki apabila dinobatkan sebagai Juara Pengeluar Kejuaraan FIM WorldSSP300. Anugerah tersebut menjadi milik pengeluar dari Jepun ini selepas tamatnya Perlumbaan 1 dengan kemenangan yang dicapai oleh Jeffrey Buis (MTM Kawasaki MOTOSPORT).

Kemenangan ini juga bermakna Kawasaki telah memenangi anugerah berprestij ini untuk tiga kali berturut-turut iaitu sejak 2018 lagi. RR

Isu Pada

November 2020

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.