RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 26 Januari 2021

Cub Prix 2021: Azhar Jalil Bakal Bersaing Bersama Pasukan Baru

Setelah 12 tahun bersama, pelumba berpengalaman negara, Azhar Abdul Jalil akhirnya akan berpisah daripada pasukan Yamaha YY Pang Racing Team pada saingan tahun ini. Pelumba yang berusia 28 tahun itu sudah meluahkan hasratnya untuk meneruskan karier perlumbaan beliau yang kini di dalam proses perbincangan bersama beberapa pasukan lain.

“Saya agak keberatan untuk berpisah dengan pasukan YY Pang namun saya yakin bahawa pertukaran ini akan memberi perkembangan yang positif untuk karier perlumbaan saya. Buat masa ini, saya masih di tahap perbincangan dengan beberapa pasukan yang lain” kata Azhar.

Azhar yang memulakan karier dalam perlumbaan cub prix pada tahun 2007 bermula dengan saingan Yamaha Super Series. Beliau kemudiannya secara rasmi menyertai pasukan YY Pang Racing Team pada tahun 2010 dan dalam tahun yang sama, Azhar berjaya menghadiahkan gelaran Juara Wira kepada pasukan YY Pang Racing Team.

Dengan kejayaan itu, Azhar dan pasukan YY Pang Racing Team telah berkembang bersama. Daripada kategori Wira beliau melangkah ke CP115, CP130 dan terkini dalam CP150. Pasukan YY Pang Racing Team juga telah melakar beberapa kejayaan dan meraih beberapa kedudukan podium sepanjang 12 tahun bersama.

“Kami berbangga kerana berpeluang bekerjasama dengan Azhar selama 12 tahun. Beliau adalah seorang pelumba senior yang peramah dan tidak kedekut untuk berkongsi pengetahuan. Bagi pihak Yamaha YY Pang Racing Team, kami ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Azhar untuk terus memperkembangkan karier perlumbaannya,” kata En. YY Pang, Prinsipal Pasukan Yamaha YY Pang. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.