RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Dari Litar / 22 Februari 2021

MotoGP: Pasukan LCR Honda Castrol 2021 Tampilkan Pelumba Baru, Alex Marquez!

Pasukan LCR Racing dengan rasminya meraikan kehadiran pelumba terbaru mereka iaitu Alex Marquez yang akan menggalas cabaran bersama skuad LCR Honda Castrol dengan menunggang jentera Honda RC213V 2021. Untuk musim ini, jentera pacuan Alex Marquez turut menerima sentuhan warna dan rekacorak serba baru yang cukup memukau.

Turut dilancarkan ialah skuad LCR Honda Idemitsu yang menampilkan pelumba dari Jepun, Takaaki Nakagami yang juga akan menunggang jentera Honda RC213V Full-Factory yang disempurnakan dengan enjin 1000cc, V4 berkuasa lebih daripada 280hp.

Alex Marquez berhijrah dari pasukan Repsol Honda untuk menggantikan Carl Crutchlow yang telah memberikan persembahan yang amat mengagumkan sejak menyertai pasukan ini pada tahun 2015 lalu. Alex dilahirkan di Lleida, Sepanyol dan telah didedahkan dalam dunia motosikal sejak dari kecil lagi. Ketika ke usia yang muda, Alex sekadar ingin menjadi mekanik untuk abangnya tetapi apabila mendapati kemampuannya merentap pendikit juga cukup hebat, Alex terus fokus dalam perlumbaan.

Alex merupakan juara keseluruhan Moto3 pada tahun 2014 dan Moto2 pada tahun 2019 sebelum diserap masuk ke pasukan Repsol Honda untuk bergandingan dengan abangnya Marc. Walaupun musim 2020 sukar untuk semua pelumba, Alex telah menunjukkan prestasi yang cemerlang dengan meraih tempat kedua sebanyak dua kali iaitu di GP Perancis dan GP Aragon.

Takaaki Nakagami mula berkecimpung dalam dunia perlumbaan pada tahun 2005 ketika diusia 9 tahun dan pada tahun 2006, Takaaki telah dinobatkan sebagai pelumba termuda memenangi Kejuaraan 125cc Jepun yang melayakkan dirinya terpilih untuk menyertai Akademi MotoGP. Dari saat itu, pelumba kelahiran Chiba, Jepun ini mula mencipta nama dan kemenangan sehinggalah 'dipanggil' untuk bersama pasukan LCR Honda pada tahun 2018.

Prestasi yang sentiasa konsisten dan semangat juang yang kuat membolehkan dia meraih posisi yang cukup membanggakan. Takaaki menamatkan saingan musim 2020 di tangga ke-10 keseluruhan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marc Marquez Menang Berganda di Motegi

Hakim Danish Raih 7 Mata Untuk Naik Kedudukan Ketujuh Moto3

Marc Marquez Kembali di Pucak Selepas Menang di Misano!

Hakim Danish Bangkit Dari Petak Ke-25

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.